Wednesday, November 2, 2016

Wedding Budget - DIY Centrepiece / Hiasan meja

Assalamualaikum


Hari ni kecoh kat facebook & twitter pasal minyak naik. Minyak masak naik harga satu hal, petrol pon satu hal. Apa yang aku nampak, orang dah semakin di tekan dengan cost of living atau kos sara hidup. Dan aku nampak perubahan pola permintaan customer, yang mana cost atau allocation untuk pelamin semakin berkurang. Dengan kata mudah, tahun lepas aku rasa customer sanggup bayar RM600 contohnya untuk mini pelamin. Sebab harga RM600 tu kira mampu milik. Tapi tahun ni, aku nampak customer punya budget agak kurang dari tahun lepas. Aku paham....kos hidup makin tinggi. Baik allocate kan duit tu kat yg wajib ye dok?


Hari ni aku nak bagi salah satu cara untuk jimatkan kos kahwin korang. Iaitu dengan DIY! (Duhhhh...) Sekarang dah banyak wedding rental yang sewa barang-barang untuk majlis kahwin. Name it, semua benda ada. Kalau nak jimat, jangan bagi seribu satu alasan macam; tak ada masa, tak ada siapa nak tolong & bla bla bla. Hendak seribu daya, tak hendak kena bayar lebih. Haha!


Benda paling simple hari ni aku nak cerita part centerpiece. Atau deco hiasan meja. Korang rajin tak scroll & pin dekat pinterest? Siapa bride to-be wajib ada pinterest ok! So, korang boleh dapat wedding inspiration dari situ. DIY wedding pon banyak dalam pinterest.


Maka topik kita hari ni adalah... jeng jeng jeng....

DIY  Mason Jar Centrepiece


Contoh : Mason jar centrepiece




Soalan 1 : Mana nak dapatkan jar?


Guna barang kitar semula. Korang boleh kitar semula macam-macam utk replace jar tu sebenarnya. Contohnya, botol kicap, tin sardin atau pon jar mayonis atau prego. Kalau nak sewa pon boleh, click link ni utk sewa --> Sewa Mason Jar. (50 sen je harga sewa 1 jar ok!) Kat bawah ni pulak aku contoh-contoh centrepiece yang gunakan tin/can. Lepas habis majlis, korang jual tin tu dekat lori 'old news paper'. Hahaa...



Guna tin pon cantik


Yang ni dia guna tin size besar & yang kecik. Variety sizes.


Soalan 2 : Mana nak cari bunga?


Pilihan dia samada fresh flowers atau artificial. Untuk fresh flowers, kepada yang duduk area KL, korang boleh beli dekat Petaling Street. Situ memang hub utk org beli fresh flowers. Ada lebih dari 3 kedai kat sana. Yang aku selalu pergi, Lee Wah Florist. Yang ada waze, korang just search dekat waze 'Lee Wah Florist'. Nah, aku sertakan sekali map utk ke kedai bunga ni (Link).

Yang susah nak access ke Petaling Street, korang boleh je guna bunga kekwa yg jual kat tepi-tepi jalan tu. Jap lagi aku cerita pasal harga bunga pulak. Kat bawah ni aku attached gambar contoh centrepiece yang guna bunga kekwa. 


Mason jar centrepieces - Bunga kekwa purple & kuning


Kalau korang nak mixed dengan bunga lain pon boleh. Contoh yang ni aku mixed kan kekwa & baby breath.


Baby breath & kekwa


Selain dari Petaling Street, kalau korang duduk Kajang, dekat pasar Kajang ada jual fresh flowers jugak. Aku kalau malas, aku beli kat sini je.Kat Bangsar pon aku tau 1 kedai, Floristika. Sila google & search kat waze. Hehee..


Soalan 3 : Berapa harga bunga fresh? 


Bunga kekwa antara bunga yg terpaling murah. Kalau beli dekat Petaling Street, 1 dozen/1 bouquet dalam RM12 ke RM15 sahaja. 1 dozen ni boleh cover lebih dari 5-8 jar. Bergantung kepada berapa kuntum korang nak letak...Kalau baby breath, harga utk 1 dozen full dalam RM30-36. Baby breath actually agak expensive. Dan korang kena guna banyak untuk 1 jar. Roses pulak, dia ada grade dia. Range harga dalam RM28-36 depends on grade dan dari mana rose tu berasal. Rose local murah sikit. Kalau China dlm RM36. 1 dozen roses ada 12-15 batang.

Selalu nya kalau bunga kekwa yang jual tepi-tepi jalan tu diorang jual RM1-RM1.50 sebatang. 1 batang ada la dalam 3-5 kuntum bunga....

Kalau korang nak guna artificial pon boleh. Ikut taste korang. Kalau bunga artificial, korang boleh beli dekat Romantika, SSF, Semua House & etc. Kalau korang guna artificial flowers, korang boleh guna balik bunga tu untuk decor rumah. Hehee...


Soalan 4 : Lain-lain accessories?


Kalau korang nak personalised kan decor korang, boleh je buat tagged macam gambar yang aku attached-kan kat atas. Guna lidi untuk batang dia, pastu guna A4 paper je. Print. Selesai. Korang nak tulis hashtag korang ke, nama korang ke, ikut lah. Gunakan creativity anda. Tak payah nak upah orang buat tags bagai. Korang buat sendiri guna A4 je. Tak membazir. 

Untuk ribbons & accessories dekat jar, yg tu ikut korang la. Kalau tak letak pon tak pe je sebenarnya. Bila korang letak air, dah cukup dgn sinaran kejernihan air dlm jar tu.. Giteww... Atau kalau korang nak air tu colour-colour pon boleh. Letak je food colouring dlm air tu. 

Kalau tema ala-ala rustic, korang guna tali guni lilit kat jar atau tin tu pon boleh. Nak murah, beli tali guni tu kat kedai RM2.

Kalau nak letak accessories lain macam coaster pon boleh. Nah korang layankan la gambar-gambar yg aku letak ni. Malas nak explain. Hahahaaa....

Wooden coaster

Yang ni tak yah guna bunga. Guna lilin je.. lepas tu letak batu-batu.




Ni lagi sempoi. Guna buku je


Sebenarnya, mason jar ni banyak gila kegunaan dia. Kalau korang ada pinterest, korang search la. Macam-macam wei.... rasa macam-macam nak buat. Tapi tak buat jugak. Haha. Kbye.


Sunday, October 16, 2016

Mula-mula DIY wedding sendiri, sekarang jadi Wedding Decorator ?

Assalamualaikum semua. 

Huisshh... bersawang blog aku ni. Aku ni kahwin dah nak masuk 4 tahun, tapi review aku utk diy wedding aku tetap tak habis-habis. Mana taknya, dah lama kot tak jengah blog. Siap lupa password lagi. -__-"
Ni pon sebab DAO paksa tulis blog masa dekat class MMM tadi.
Takpa aku cuba schedule-kan post yg backdate. So takda lah obvious sangat yg aku tak tepati janji nak habiskan review pasal hal kahwin tu.
-________-"

.
.
.

Setiap kali kali buat pelamin, aku dengan Faiz selalu diajukan dengan soalan ni :
1. Bisnes pelamin ni awak punya ke?
2. Dah lama dah buat pelamin?
3. Buat pelamin sebab minat ye?

. . .

Kau rasa soalan tu siapa yang tanya? For sure la mak atau makcik pengantin. Haha. Baiklah makcik, meh saya jawap & ceritakan....

Macam korang tau, aku bukan lah dari bidang seni. Jauh menyimpang. Masa sekolah amik science stream, diploma loncat ke business study, degree pulak international business. Kerja kat bank. Tiba-tiba, hari ni aku adalah seorang wedding decorator. Sejujurnya, aku tak pernah impikan yang aku akan berkecimpung dalam bidang ni. Yelah, kita merancang, Allah yg menentukan. (Alhamdulillah)

Aku anggap, tarikh penubuhan bisnes aku & Faiz adalah sama dengan tarikh anniversary kahwin kami. Cuma beza tahun je, aku start buat pelamin selepas setahun kami berkahwin. So, Bridal and All dah umur 3 tahun dah. Kalau Bridal and All adalah seorang anak, maka dia dah pergi play school dah. Nampak tak dia makin meningkat umurnya. Haha.. 


Eh, macam mana aku boleh terjebak? 
Aku terjebak buat pelamin ni bila roommate/kawan aku masa diploma (aku panggil dia Bulat) mintak tolong decor kan pelamin tunang dia. Masa tu yang cuma aku ada; carpet nipis & spotlight je. Barang-barang yang lain macam stage, kerusi etc, semua sewa. Kalau yg pernah baca blog aku, mesti korang tau yang aku diy pelamin tunang & nikah aku sendiri kannn... (Kalau boleh patah balik masa, aku nak ubah 100% pelamin tunang & nikah aku tu. Sebab sekarang aku rasa pelamin yg aku diy tu BURUKKK gila!! LOL).




Ni la pelamin yg aku buatkan untuk Bulat :)

Fresh flowers : Rose & kekwa



Hand bouquet ni pon aku buat tau!



Masa ni, aku lah photographer, aku lah yg buat pelamin, aku lah yang buatkan hand bouquet. 'Rashidah' sangat perangai & peranan aku (kawan-kawan yg pernah join MMM je paham). Dan gambar-gambar ni lah aku jadikan modal untuk mula promote kan business pelamin aku.
Then aku upload gambar pelamin tu kat facebook. Maka kawan-kawan pon tanya, 'Farah kau buat pelamin ke?' Dia tanya..... Dan aku pon jawap  'YA' lah! Haha. Takkan nak tolak rezeki. Mihmihmihhh



Dan kalau diikutkan, antara kawan-kawan aku yg sebaya, aku diantara yg kahwin awal. Bila aku dah kahwin, kawan-kawan aku baru berjinak-jinak utk tunang. Maka; semakin ramai kawan nak bertunang, semakin banyak job pelamin aku. Nampak tak hypothesis di situ. Huhuhuu... So, dari situ aku mula beli barang sikit demi sikit. Masa tu ambil upah sangat-sangat lah murah. Yelah, masa tu yang kami fikir, banyakkan portfolio dulu. Dan masa tu jugak lah aku buka page & fb Bridal and All.


Kalau nak diceritakan susah senang, liku-liku buat business pelamin ni, tak tidur malam la aku gamaknya. Putus jari aku menaip. Dan tak terlafaz dengan kata-kata... Siapa yang mengikuti perkembangan kami & Bridal and All, mesti nampak yg kami dari sekecil-kecil alam. 
Dalam tahap kami yang sekarang, kami masih dalam proses belajar, dan terus belajar. Banyak lagi benda baru yang kami kena pelajari. 


Nanti aku sambung lagi ya. Doakan aku rajin menaip mihmihmih....
.
.
.
 Show your support dengan Like fan page Bridal and All di fb dan instagram.
Klik sahaja link bawah ni :

Facebook
Instagram
Blog


Tata 

Monday, May 18, 2015

Review Doorgift - Kertas Puteh & Renown Gift

Assalamualaikum,


Ibu aku adalah manusia yang paling tak suka last minit. Contra sangat dengan perangai aku. Bila orang bising aku buat kerja last minutes, aku dengan bangga akan menjawap - 'Last minute always work!'. Tapi itu sungguh tipu.. sebab last minutes akan huru hara. Tsskk...
Percaya atau tidak, ibu dah siapkan bunga telur aku sebelum aku tunang lagi (aku rasa mcm dah cerita hal ni). Masa aku tunang, bulan May 2012, bunga telur untuk wedding aku dah siap. Teror tak ibu aku. Padahal dia kerja kot! Malam je mengadap bunga telur.. gila gigih.

Masa tu tengah fashion bunga telur crepe. So, ibu buat bunga colur putih untuk nikah, & pink purple untuk sanding. Tak yah la share tutorial buat bunga crepe tu, dah banyak kat internet...

Doorgift Nikah - Kertas Puteh


Picture source : Kertas Puteh

Untuk doorgift masa nikah... aku memang dah lama plan nak bagi Yassin. Then, aku google & survey la orang yang buat. End up aku buat dengan Kertas Puteh. Aku amik package Yassin + small chocolate + paper bag + label for mineral water (label only). Design customize. 

Picture source : Kertas puteh

So, bila dah deal harga aku just cakap theme aku baby blue & grey. Aku nak corak paisley/damask. Anis, owner Kertas Puteh bagi few design, then dari design-design tu, aku choose satu. 


Design by Kertas Puteh

So, aku pilih Option 3, yang kanan atas. Dari situ, Anis Kertas Puteh bagi pulak design untuk label chocolate & air mineral. Aku rasa flow & deal dengan Kertas Puteh sangat la mudah, Smooth je. Sangat recommended. 

Design by Kertas Puteh

Doorgift nikah

Yassin Size A5

So, kat atas ni la final doorgift untuk nikah.... Paper bag aku pilih colour baby blue. Kiranya, dalam paper bag tu ada mineral water, Yassin, chocolate, & bunga telur crepe yang ibu aku buat tu. Haritu masa kitorang buat doa selamat, tersenyum sorang aku bila aunty & mertua aku bawak Yassin ni. :) See, berguna tau...! Ok, kat bawah ni, aku bagi link untuk korang tengok artwork dari Kertas Puteh. Baru-baru ni, Kertas Puteh ada buat candy buffet untuk engagement Hanis Zalikha, cantik sangat! Nangis tengok T____T

Kertas Puteh

Instagtam : @kertasputeh_



.....

Doorgift Sanding - Renown Gift


Masa walimatul urus a.k.a majlis sanding yang tak sanding tu, ibu nak bagi telur untuk main door gift. So, kitorang cari la bekas untuk isi telur tu. Google la apa lagi. haha... dari situ aku jumpa website Renown Gift, and diorang ada jual Round Candy box yang boleh fit telur. Tunjuk kat ibu, ibu kata tak nak tangguh lagi, so ibu setuju & kitorang order dari website. Tak silap aku, pre order ambil masa dalam 2 minggu. Lepas tu aku self collect dekat kedai dia bersebelahan bangunan Festival City. 


Picture source : Renown Gift 


Tapi aku tak beli Round Candy Box ni sekali deco. Box semata-mata. So, ibu lah yang mendeco dengan bunga, and sangkut sekali tags yang aku buat. Seribu, gigih sungguh masa tu. Aku naik cramp tangan potong seribu keping label untuk doorgift ni. Ni aku printscreen instgram aku masa kegigihan memotong tags itu berlaku. Tags ni aku design sendiri, hantar print & potong sendiri. Yelah, masa tu baru berapa bulan kerja, mana ada duit sangat. So, haruslah menggigihkan diri buat sendiri...




Doorgift untuk VIP, kitorang beli paper bag yang sama dengan masa nikah. Cuma lain colour je - Purple. Pastu, dalam tu kitorang letak bunga telur crepe, candies doorgift budak-budak & round candy box tu. Paper bag ni pon aku beli dekat Renown Gift.

Doorgift VIP
Korang nampak tak tags Walimatul Urus tu.. korang tau aku dapat kat mana?

Kad Kahwin

Aku potong dari balance kad kahwin (click here)... hikhik.. Jangan membazir...dosa.... Hikhikhik. Dan, macam biasa, aku sertakan korang link Renown Gift.


Renown Gift

Website : http://www.renowngift.com/
Tel: 03-41319731, 018-2727867
Email: renowngift@gmail.com
Shop Address: Unit J-82-1, Blk J, Platinum Walk, No.2 Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, 53300, Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.




Sekarang, dah makin senang untuk cari doorgift. Dah macam-macam jenis. Teruja bila iolls bila dapat. Cuma kena rajin survey je. Dapat tempat murah, jimat duit korang..
K lah, dah habis masa lunch. Tata :)

Monday, May 11, 2015

Review - Baju Sanding by Zayani Zaharudin

Assalamualaikum

Harap maklum yang aku memang tak move on hal kahwin. So pasrah lah korang baca hal kahwin aku yang hampir mencecah usia 3 tahun. Ngehh...

.....

Post sebelum ni aku ada cerita pasal theme colour majlis sanding. So, queue seterusnya adalah wedding dress aku untuk majlis bersanding. Actually aku tak bersanding pon. Tak ada tepung tawar bagai.



Masa tunang lagi, aku memang dah plan nak mintak Yanie buatkan baju kahwin aku. Actually, aku kenal Yanie dari sekolah rendah. Yanie schoolmate aku masa dekat SK Taman Muda. Lepas tu masa sekolah menengah kitorang lost contact. Aku contact Yanie balik bila kawan satu Uitm Sarawak aku, Apah rupanya satu geng dengan Yanie masa sekolah menengah. Tu pon just contact-contact dalam MySpace & Facebook. Lepas tu aku jumpa Yanie balik dekat Uitm Shah Alam masa kitorang degree. Yanie memang ambik course Fashion Design.

Masa aku nak kahwin tu, kitorang dua-dua kiranya baru fresh grad. Aku suka mengasah kepakaran orang yang masih fresh ni. Hahahha... Ni lah masanya guna khidmat & kepakaran rakan kita. So, aku contact Yanie, buat appoinment, then aku tunjuk je contoh baju yang aku nak. Lepas tu, aku tinggalkan segalanya kat Yanie.


Pada yang tahu, theme aku purple & kuning. So, aku beli lace kuning, & kain chiffon purple lavender. Aku memang tak nak full lace sebab nanti nampak badan aku besar. So, lace tu memang buat utk embellishment sahaja. Kain aku beli dekat Harisson Jalan Tar. Total harga aku tak ingat.

Tak payah ayat panjang sangat, korang tengok jelah hasilnya. Kesimpulannya, aku sangat satisfied dengan hasil kerja Yanie.





Ni lah Yanie! Hehee




Untuk baju Faiz, aku tempah dekat Plaza City One. Kedai tu ceruk & kecik je. Tingkat 1, sederet dengan kedai barang-barang pelamin. Colour slightly different, tapi takda lah beza sangat. So, aku ok je. Kitorang tempah dengan harga RM350 untuk baju termasuk kain. Tanjak, samping & bengkung aku beli yang dah siap je. Dekat Plaza City One tu jugak. Harga RM70 1 set. Total RM470 untuk baju lelaki. Bagi aku murah.. sebab aku ada tanya 1 butik pengantin ni, dia nak sewakan RM500. Sewa ok! Dah la tak alter. Baik aku tempah ngam-ngam badan Faiz je.






Korang boleh tengok hasil kerja Yanie dekat instagram.


@zayanizaharudin


Tata :)

Monday, March 2, 2015

Review Sanding - Theme Colour

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni aku rajin update kan. Sila ucap tahniah dekat aku. Tahniah tahniah (sambil tepuk bahu sendiri). Dah 2 tahun kahwin, baru aku nak update wedding review. Dah basi lah farah. Ah, nasiblah..

.....

Nak pilih the right colour utk wedding, bukan benda yang mudah. Pilih-pilih, mem besar tak approved. Pilih-pilih, mem besar tak approved. Sebab, my mom bukan jenis yang suka 1 colour je. Dia suka colour combination yang tak typical. Macam contoh, pink & purple adalah typical bagi beliau. So, untuk dapatkan shades yang di approve 2 pihak iaitu aku & ibonda, adalah amat susah.

Then, aku ternampak satu dress ni, aku tak ingat siapa designer dia, dalam magazine Inspirasi Perkahwinan. Oh ye, untuk wedding inspiration, selain pinterest, b2b blog, aku jugak suka Inspirasi Perkahwinan....sebab semua idea dalam tu fresh. Memang up to date la inspiration dalam magazine ni. Try beli tengok! Ok, back to topic, dress yang aku tengok dekat magazine tu colour combination dia light purple & yellow embellishment. So, aku terus tunjuk kat ibu. Dan dia setuju.. Syukur panjang aku. hehee.. So, selesai 1st step - Colour Theme.


Light purple - Yellow


Yellow shades


Light purple


Theme : Light purple & yellow






So, plan-nya adalah, aku je yang akan pakai light purple, embellishment dengan detailing baju akan ada combination purple & yellow. Family pulak, akan pakai yellow in few shades. Termasuk yang lain-lain. Yang tu later aku post ikut topic ya. 


.....


Untuk memudahkan korang, korang click dekat Tab 'The Wedding' dekat atas sekali tu k. Take peps. Hug & kisses. Salam.

Thursday, February 26, 2015

Review Photographer - Amalina Tuna Photography

Salam olls,

Macam biasa, aku memang janji di'chapati'.. Janji nak settle kan review pasal kahwin, tapi tak settle-settle. Aku dah kahwin 2 tahun kot 

-_____-'

.....

Ok teruskan kepada tajuk asal. Untuk photographer, aku & Faiz memang agak memilih dan demand. Hahahhaha... Sebab, majlis kali tu je wei. Kalau gambar tak cantik, ofcoz iolls sedih ok uolls. Mula-mula, kitorang pergi wedding expo dekat Ampang Point, then terbekenan la dengan 1 photography team ni. Memang famous la banyak cover retis... gambar pon cantik.. 

Dengan RM3,600 aku dapat 2 photo book, cover 3 event (nikah, sanding & bertandang), montage masa nikah ditayangkan masa sanding & 1 canvas photo. So, tanpa berfikir panjang, aku book je diorang.. masa tu bulan March ke April tah... Majlis aku December 2012. So, awal jugak la aku booking. Masa tu, aku tunang pon belum lagi. Hahaha... 

Then, aku email diorang untuk confirmkan tarikh majlis lepas selesai majlis bertunang kami. Then, tu la last dapat contact diorang. Lepas raya, aku contact diorang, nak tanya pasal payment semua...and confirmkan venue untuk majlis, email x reply, call tak berjawap. Pastu, aku freak out. Aku terus survey balik photographer. Tsskkk...

.....

Dalam tengah-tengah aku mencari photographer baru, tiba-tiba aku dapat message dekat fb, dari Amalina. Then, kitorang terus set appointment. Masa first appointment, Amalina tunjuk kami few album yang dia pernah buat. Hmmm... not bad. Even masa tu Amalina Tuna belum lagi famous in this industry, tapi gambar dia cantik. So, kami pon setuju. Plus harga yang Amalina bagi, sangat lah reasonable (murah dari photographer yang mula-mula aku book tu). 

So, takyah bebel panjang..(walaupon memang dah panjang), korang layankan gambar-gambar sepanjang majlis kami ye.











.....


Aku suka gambar yg meletakkan satu perincian. Tu aku suka gambar tangan, gambar detailing, etc etc. Dengan gambar-gambar dari Amalina Tuna Photography ni, aku sangatlah berpuas hati. Kena dengan citarasa aku. Well, aku tak post banyak gambar, sebab lepas-lepas ni lagi banyak gambar utk post-post seterusnya (yang tak tau bila nya nak buat). Hahahahaa... Niat aku, untuk memberitahu yang gambar-gambar untuk post-post wedding review, adalah dari Amalina Tuna Photography and team.


Sekarang, Amalina punya follower sangat lah ramai. Dan rezeki murah, dah cover banyak artis contoh macam Khairul Fahmi, Diana Amir dan ramai lah. Aku attached kan sekali contoh-contoh gambar dari Amalina yang aku jumpa di google. Maka, tak salah aku membuat pertimbangan memilih dia sebagai photographer. Aku pon tompang bangga photog masa wedding aku famous. Hahahahha... poyo di situ. Aku provide details Amalina di bawah ya.










.....


Habis apa cerita dengan photographer yang mula-mula tadi? Hmmm.... sebulan lebih sebelum majlis aku, diorang baru call tanya pasal majlis semua. Masa tu, hati ku telah terpaut dengan Amalina Tuna Photography. Chewah.... Maka, aku cakap la dengan baik yang aku dah ambik photographer lain sebab aku email diorang tak reply. Yelah...sure la aku cuak. Mana tau dia terlupa kewujudan aku dan booking aku masa kat wedding expo tu.... Deposit nasib la tak banyak. Kalau tak bengkok aku. Plus, naya je takda photographer masa wedding.. hahaa. 


.....

Maka, Amalina Tuna Photography adalah sangat di recommended.
Nora bagi 5 bintang.
Haha.
(hambar)

Muah bubye. 




Wednesday, January 28, 2015

Cara Menggunakan Whatsapp Web

Assalamualaikum
Hi lama tak bersua. Ehee...

Sekarang ni.. dari segi mobile conversattion, ramai orang menggunakan Whatsapp rather than sms kan. Yelah, senang and jimat. Lagi-lagi kalau guna wifi. Tapi.. zaman sekarang ni kan handphone semua canggih-canggih, tapi payah nak menaip message. Tak macam handphone Nokia 3310 zaman dulu. Tak tengok keypad pon boleh taip laju-laju.

Dan di zaman canggih ni, ramai online seller menggunakan Whatsapp sebagai medium 'inquries' jual beli menggantikan email. So, korang boleh bayangkan tak, betapa susahnya nak menaip laju-laju & layan semua customer. Lagi-lagi bila nak download/upload gambar, sure memory phone asyik low je.

Fuhh... panjang pulak mukadimah. Actually aku nak tunjuk cara menggunakan Whatsapp Web je. Mukadimah panjang berjela.. bahahah... so,bolehlah korang guna dekat pc & laptop. Yang penting, ada internet access.

Caranya :

1. Korang kena ada Google Chrome. So far, dari Google Chrome je boleh guna Whatsapp Web ni. Aku try guna Mozilla & Internet Explorer tak dapat. Tak tau napa, dan jangan tanya kenapa. Ehehehe..

2. Pergi dekat link ni ---> https://web.whatsapp.com . Maka page macam dekat bawah akan keluar..

https://web.whatsapp.com


3. Scan code dari phone.

  • Macam mana nak scan? Refer gambar di bawah.



Dari mobile Whatsapp anda, click dekat WhatsApp Web yang macam dalam box merah tu. Dan scan barcode di atas.

Secara automatic, Web Whatsapp anda akan appear semua Whatsapp conversation yg ada. Contoh macam bawah ni..


Maka, apa lagi.. teruskan lah berchatting dengan pc atau laptop anda. Senang.. boleh taip laju-laju. Sangat convenience lagi-lagi kepada online seller.

Harap bermanfaat. 

Bye.