Friday, November 30, 2012

DIY Pinwheels

 Assalamualaikum

Ramai yang meminati pelamin yang ada pinwheels, sebab kalau tengok dekat blog, sure ada je yang minat dengan any dais yang ada pinwheels. Aku asyik google-google then terjumpa owner sebenar gambar kat bawah ni. Aku pon ada angan nak buat mini pelamin yang ada pinwheels ni dulu (refer to this link), tapi apakan daya, tak jadi. 

Picture : Wedding Chicks

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat bagaimana pinwheels seperti di atas dibuat. Dengan segala hormatnya dipersilakan scroll ke bawah..
 


Supplies
1. cardstock paper
2. glue gun
3. scissors
4. paint brush
5. watercolor paint in your favorite color
6. hole punch
7. watercolor paper
8. 36″ dowels (not shown)

Step One
To create a colored wheel for a gradient look or an ombre appearance, paint half (or a little more then half) of your paper. Make sure to paint the end darker and go lighter on the half. Take a piece of napkin or washcloth and wipe the paint to the other half of the paper. Repeat this on multiple sheets to create 1 pinwheel fan. Note: All of your pinwheels do not have to be watercolored you can make some using this technique and some without.  For the water-colored pinwheels, I like to use Van Gogh water color paint, and water color paper (water color paper has texture compared to regular cardstock paper). But you can use any kind of water color paint.

Step Two
Fold cardstock paper accordion-style into 1/2 inch folds. It’s good to have different size papers in order to form different sized pinwheels. So you can cut the paper in different sizes.

Step Three
Fold accordion in half and secure using a glue gun for extra hold. This creates a part of the pinwheel. Repeat this 3 times. 3 fans equal 1 pinwheel.

Step Four
Punch holes with a hole punch or cut holes about a quarter of an inch from the ends of the pinwheels.You can add as many or little to your pinwheel. This is to make them a bit different!

Step Five
Use the glue gun to glue your pinwheels to the dowel for extra hold since this will be fastened to your wall. There’s no systematic way to glue wheels. Glue wheels at different angles whether it’s to the dowel or to another wheel. Make sure to cover the whole dowel!  About 7 pinwheels will create a pinwheel dowel for your pinwheel wall. Repeat this whole process 4 times to create your pinwheel wall!
For the shoot an 8×4 lattice wall was used to pin the dowels. Place the pinwheels one under the other and fill in empty spaces with an individual pinwheel. It’s up to you if you want to cover your wall completely or leave some empty spots!


Original post (link). Credit to Wedding Chicks.

Wednesday, November 28, 2012

Invitation Card / Kad Jemputan Perkahwinan - Part 2

Assalamualaikum

Last entri (link), aku ada brief sikit (ke banyak?ehee) pasal idea untuk invitation card. Macam yang aku pernah cerita, kad tu aku sub kat kawan aku Nget untuk design kan. Nget ni dulu amik Art and Design, & satu campus dgn aku masa dekat UiTM Sarawak. Aku tak pernah tak suka design yang dia buat. Dia ada buat photography jugak, sbb masa degree dia amik photography punya course kat UiTM. Nanti aku share entri pasal art work photo dia, InsyaAllah.

Ok berbalik kepada cerita card, aku ada send design preference aku dekat Nget. Aku nak card warna purple, tulis apa, & size. Size yang aku nak 4"x9". Memanjang. Bahagian depan card details majlis, belakang map.





Kat atas ni antara design yang aku prefer & suka. Ingat semua design macam design signage, 'thank you tag', welcome signage & invitation card nak ada 'triangle flag' tu. Tapi macam birthday party pon ada. Aku ni nak kahwin bukan buat birthday party. Dah la orang kata aku punya Majlis Tunang macam birthday party sebab colourful sangat. Ok -.-'

Nget sangat unexpected, dia keluarkan 6 design untuk aku choose. Thanks Nget :) Kat bawah ni design yang Nget buatkan untuk aku pilih.

Design 1

Design 2, 3 and 4 (left to right)





Design 5 & 6 (left to right)



Proposal card ini telah dihantar kepada ibu & ayah untuk meraka pilih. Diorang pon confius nak design yang mana. Bagi aku semua cantik. Puas hati dengan design Nget. Ayah prefer design 3, ibu pulak prefer design 1. Bila aku post gambar kat instagram, ramai yg suka design 3. Simple & jelas.


At first aku nak choose design 3, sebab simple. Tapi setelah dipertimbangkan, aku choose design .... ha, cuba teka. :p

Tuesday, November 27, 2012

Invitation Card / Kad Jemputan Perkahwinan - Part 1 (Design)

Assalamualaikum

Aku yang masih menghintung hari. Untuk hari ni, hanya tinggal 22 hari lagi untuk kami sah bergelar husband & wife. Yet, i'm still bride-to-be, so lets blogging. hahaa.

Untuk invitation card, aku prefer yang simple dan paling penting murah. Sebab based on experiences, aku tak penah simpan pon kad kahwin org, walaupon yg kahwin tu best friend aku. Aku memang sangat suka cari idea dekat Ruffled Wedding Blog. Dari situ aku dapat lah idea sikit-sikit pasal design wedding card untuk aku nanti.

Untuk majlis sanding & bertandang, invitation card kami buat asing-asing. So, family masing-masing boleh pilih design preferences masing-masing. (Banyak gila word 'masing-masing' yang aku gunakan).

Aku plan nak buat card yg sekeping, yang depan belakang je. Mula-mula aku ingat nak design sendiri, tapi disebabkan kalau design sendiri aku sangat cerewet, & asyik la tukar-tukar design, lepas tu tak ada kata putus nak design macam mana, so pengakhirannya aku sub kat kawan aku untuk designkan.Sedangkan 'Thank you tag' pon berapa kali aku tukar design sebab bila jumpa design lagi cantik, aku tiru, sampai la ibu bising yg tag tu tak siap lagi, maka aku finalize kan dgn hati yg pasrah. Thank you tag tu nanti aku buat entri lain.

Ni antara design yang aku suka.



















.



Kekurangan untuk card yg design sendiri ni, kita akan extra banyak kerja & perlukan banyak activity research di Google. Nak kena cari printing company yang murah la, apa la. So memang banyak kerja. Kalau nak kerja mudah, cari je tempat yang buat kad kahwin, kita bagi details, semua perkara dari design sampai la finish artwork & printing akan diorang siapkan. Kita cuma sediakan duit sahaja.

Aku ada pergi wedding fair, dan banyak booth wedding card yang ada everytime ada wedding fair. Diorang akan buat promotion full package mcm kad kahwin biasa + VIP card + goody bags dan macam-macam. Ada yg sampai mencecah RM1k utk card yg bagi aku sangat biasa dan tak berbaloi dengan harga. So, apa yang penting kena pandai survey. Jangan main ambik je.

Kalau design sendiri, confirm la super duper murahkan. Btw, entri ni pon dah panjang, nanti aku share dgn korang mana nak print kad kahwin murah bg yg design sendiri macam diri ku ini.

Have a great day ahead.
May Allah bless us.

Thursday, November 1, 2012

Official Rubber Stamp - Part 1

Assalamualaikum

Kini kami hanya menghintung hari untuk sah menjadi suami isteri. Harap semuanya berjalan lancar hendaknya. Cuti sekolah pun dah nak mula, maka bermulalah acara kahwin ramai-ramai dipenghujung tahun macam ni. Selamat pengantin baru kepak kepak kepuk kepuk. lalallalala..

Hanya tinggal 49 hari sahaja lagi untuk kami. Nervous tak? Tak nervous lansung. Releks sangat sampai ibu marah sebab banyak lagi benda tak setel. Wahahaha..

Nah, seperti tajuk di atas, mempersembahkan our official rubber stamp.
Taraaa..

Design rubber stamp FaraFaiz

Design hasil titik peluh aku (tipu tak berpeluh pon). Macam suke je lace-lace bagai. Maka buat la yang macam ni. Next entry aku share gambar rubber stamp tu & mane aku tempah ye. Sebab entry ni aku buat kat office. Ngahaha. Mengular. Kbai.

Tuesday, October 9, 2012

DIY Easel and Chalkboard


Assalamualaikum

Dah lame gile aku tak update blog. Busy kah? Oh, tidak. Cuma malas. Jujurkan.. Ok, aku dah janji nak review pasal easel and chalkboard yang digunakan masa Majlis Bertunang hari tu.

Easel & chalkboard ni adalah hasil titik peluh aku dan Encik Tunang. Sebab cost buat sendiri adalah super duper murah berbanding beli.

Easel

Easel ni memang 100% Encik Tunang yang buat. Ya dia buat sorang. Aku tolong tengok pon tak. Yang aku tau, aku bagi arahan, sketch the structure, pastu tetibe dia kata dah siap. It only took less than 1 hour to make it ya. Maka, jangan membazir dan kayakan tokei kedai. Buat je sendiri.

Kalau kat kedai, cost untuk easel sahaja dah Rm100++. Belum campur board nye lagi. So better kerah keringat si jejaka-jejaka untuk buatkan ya.

Chalkboard

Chalkboard pon kami buat sendiri. Hanya 40% je keringat aku digunakan. Selebihnya keringat jejaka a.k.a Encik Tunangan. (Aku rase percentage aku tu patotnya dikurangkan lagi laa :p)
Ade dua chalkboard yang kami buat. 1 empat segi, 1 lagi ade white frame.

Bahan paling utama untuk buat Chalkboard ni adalah Chalkboard Spray!


Chalkboard Spray. Image source : Google

Chalkboard spray ni aku beli kat Ace Hardware Midvalley ke OU tah. Tak ingat la. Harga dia dalam RM25. Sebotol boleh buat 3-4 board. Berbaloikan! Ni semua hasil kerajinan google tutorial buat Chalkboard. Boikot beli.. ayuh DIY.


Chalkboard 4 Segi

Yang 4 segi ni, suppose aku nak buat board 'Today's Menu', tapi last minit aku letak kat sebelah photobooth. Board 4 segi kayu ni aku beli kat popular. Harga dia dalam RM14 macam tu lah. Tak ingat sangat. Lepas dah gosok sikit permukaan dia dengan kertas pasir, aku spray gune Chalkboard Spray yang aku beli kat Ace Hardware.

Chalkboard White Frame

Idea untuk buat frame ni jadi Chalkboard datang bila aku jumpe gambar (as per below) dalam website Ruffled(R). Sangat creative la diorang. Actually, warna sebenar frame ni, colour brown kayu. Aku beli frame ni masa aku belajar kat Kuching dulu. Murah je, dalam RM30. Aku mintak permission ibu untuk spray warna putih, and dia agreed.


Image source : Ruffled

So, first aku spray lah frame tu jadi warna putih. Spray 2-3 layer. Kebetulan masa tu, rumah Encik Tunang baru habis renovation. So, depan rumah dia ade papan-papan plywood nipis yang nak dibuang. Kami amik untuk jadikan board dia. Sebab, frame tu takde papan. Just frame semata-mata. Tengah-tengah dia rompong.

Plywood tadi kami potong ikot bentuk frame, gosok dgn kertas pasir, spray dgn Chalkboard Spray and tampal belakang frame.. Pastu siap! Senang kan!


Sekarang board ni hanya tersadai dalam stor. Kesian mereka. So, mari kita fully utilised kan board hasil tangan kami. Dibuka untuk sewaan!

U n t u k  S e w a :


- Email kan ke : fa.syaza@yahoo.com
- Rental Price :
  • 1 board empat segi + 1 easel = RM40
  • 1 board white frame + easel = RM50
  • 2 boards + 2 easel = RM80
Sebarang pertanyaan jangan malu, jangan segan, tanyalah saya yee. Have a blast day ahead.


Saturday, September 22, 2012

Pre-wed .

t e a s e r . . t o  b e  c o n t i n u e d .


Less than 100 days to go...

Friday, July 13, 2012

E'Day - Mini Pelamin

Assalamualaikum

Whatsapp uols. Dah nak puase ni. Dah ganti puase? Kalo belum, ganti cepat-cepat. Eh, sempat ke? Sempat.. ada seminggu lagi. Cepatan yuk... Dan alang-alang, dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.

Ok, selesai sudah ucapan dan mukadimah puasa, ayuh kita berganjak ke Mini Pelamin di Hari Pertunangan ku. Mini pelamin seperti aku gebang di post ini, ini dan ini, aku DIY sahaja. Memang tak berniat lansung nak hire vendor. Ok, mari kita layankan gambar yang ade.


DIY Mini Pelamin


Mini Pelamin & Hantaran

Rombongan & keluarga

Props yang aku gunakan untuk deco mini pelamin aku listkan kat bawah. And certain barang aku ingat nak buka untuk sewaan, tapi tu kita pikir nanti-nanti lah. Sekarang nak listkan barang dulu.

Mini Pelamin :
  1. Carpet putih - 4 meter
  2. Bantal Nikah - Empat segi (2pc)
  3. Long white vase - Beli dekat KK Home Deco
  4. Artificial flowers
  5. Easel - DIY
  6. White frame & chalkboard - DIY
  7. White curtain
  8. Bantal kecil empat segi
  9. Bantal bulat bulu-bulu pink - SSF
  10. Paper flower -DIY
Kayu yang 'border/frame' kepada pelamin ni (yang warna brown) ayah aku yang buat sendiri. Frame kayu tu sebenarnya aku recycle a.k.a guna balik. Ayah buatkan frame tu untuk pelamin cousin aku awal taun lepas.

DIY Chalkboard, frame & easel

 Frame, chalkboard atau papan hitam, dan easel ni semua DIY, buat sendiri tau. InsyaAllah aku akan buat short post cerita pasal 3 items ni ya. Malam ni jugak (yelah tuuuuu)


Subject matter : Paper flower bukan Farah Syaza & Farah Izzati (adik)

Mula-mula memang aku nak guna pinwheel/paper fan, tapi last minit aku tukar atas sebab kesuntukan masa. Paper flower yg aku buat kat blakang tu, aku start buat 4 hari before the engagement day. Sempat buat banyak tu je, sebab semua dah jadi hura-hara dan kelam kabut gara-gara last minit punye pasal. Last minute always work adalah quote untuk sedapkan hati. Tapi tak 'works' lansung. Hahhaha.

Cara nak buat paper flower tu dah banyak diblogkan. Nak tau macam mana nak buat, check link ni (Link : DIY Paper Flower). Tissue paper untuk buat paper flower ni boleh beli kat kedai buku Popular atau mana-mana kedai jual barang-barang kahwin. Tapi material kertas akan menentukan ke-gebu-an bunga ni. Better beli yang tak keras sangat, tak lembut sangat. So far aku hanya berpuas hati dengan material tissue paper yang jual kat Popular. Sebab bunge tu bloom gebu-gebu. hehee.



Subject matters : Easel, frame, chalkboard, carpet bulu-bulu putih, bantal nikah, white vase from KK Home Deco & bantal bulu-bulu pink.

Macam ape yang aku cerita kat atas, easel, frame & chalkboard ni hasil buatan tangan atau bahasa tak-kuno-nya adalah DIY. Nanti aku buat single post pasal barangan ni. Carpet bulu-bulu warna putih ni aku beli je..sebab boleh gunakan untuk majlis akan datang. Dan InsyaAllah aku akan buka untuk sewa.

Bantal nikah yang duduk ni pon aku beli sendiri. Ada 2 pcs. Actually ada dua bentuk; bulat atau 4 segi. Tapi aku choose 4 segi instead of bulat. Reason, sebab aku suke. hahahaaa. Bantal nikah duduk ni pon aku akan buka untuk sewaan. Nanti aku pikirkan balik idea sewa-sewa ni.

White vase aku beli kat KK Home Deco. Dapat 50% off sebab aku beli artificial flower tu semua. Artificial flower agak mahal jugak lah sebenarnya. Kalo guna fresh flower pon tak jauh beza agaknya. Dan dan dan, bantal pink bulat bulu-bulu tu aku beli kat SSF. 2 biji aku beli. Aku sangat-sangat suka bantal ni. Lepas habis majlis akan datang boleh jadikan decoration kat rumah. haaa~ Tettt. Jauh sangat pikir tu.

Oklah, macam dah berjela post ni. Aku akhiri post ini dengan gambar kami. hahahaa. tak boleh blah ko ni Farah. Take care peps, have an awesome & bless Ramadhan :)

Us ♥

Saturday, June 30, 2012

Engagement Attire

Assalamualaikum

Theme colours


Aku sangat-sangat suka warna pink. So, untuk majlis pertunangan, warna tema baju aku adalah coral pink, turquoise & baby blue. Masa dulu-dulu, aku memang dah aim nak kahwin pakai colour pink & baby blue. Tapi, tah macam mane, bole drag colour tu time tunang.

Baju



Aku gunakan kain chiffon colour coral pink & turquosie. 2 meter untuk baju & 3 meter untuk kain. Aku beli kain tu 3 meter sbb nak buat lipat-lipat kat kain tu memerlukan jumlah kain yg banyak.

Manik di lengan dan bahu

Manik kat baju ni adalah sentuhan tangan 3 orang, iaitu ibu, aku (tu pon sikit gile) dan last sekali Dinie. Mula-mula aku mintak tolong ibu jahitkan manik, tapi aku kesian tengok ibu siapkan barang-barang lain, maka aku amik inisiatif sendiri (skema bukan ayat ni) untuk sambung jahit manik. Buat 2/3 kerat, aku dah malas. Masa pon tinggal 2 minggu lagi, barang banyak tak setel, maka, aku hire kawan aku Dinie supaya sambung jahit.

Lace patching, manik & pearl

Dekat bahu baju ni adalah lace yg di patch. Pastu jahit pearl-pearl and manik-manik bagi dia sarat. Aku tak suka pakai lace, sebab lace tak flawless and macam kaku. Maka aku gunakan chiffon untuk fabric bagi baju tunang ni. Lace hanya digunakan untuk patching sahaja.

Design and inspiration

View dari belakang
Butang balut & bow ribbon
p/s : Abaikan lemak-lemak yang melimpah ruah di dalam gambar di atas

Design baju ni adalah inspired dari baju yang aku beli dari Calaqisya dan penambahan perincian butang balut pula dari Button My Button. Baju ni aku tempah kat tailor dekat area rumah aku kat Ampang. Makcik tu pon sebenarnya aku main hantar je sebab ramai tailor tak nak sebab diorg kata baju aku nak leceh (pffttthhhh). 

Picture source : Calaqisya

Alhamdulillah, memang cantik mak cik tu jahit. Sangat berpuas hati. Plus mak cik tu sangat baik & friendly. Dia excited buat baju aku (ni ayat dia ye). Baju nikah & reception pon aku tempah kat dia. Plus, dia lagi excited, sebab aku siap bagi sketch kat dia.

Hijab & accessories

Untuk tudung, actually aku nak pakai tudung sarung awning chiffon. Aku dah tempah kat Maju Junction dah. Walaupun tempah, tapi harga nya ok, tak mahal sangat RM40. Tapi aku lost weight 2-3 minggu before E-day tu. Dan baju aku sangat longgar. Bila pakai tudung tu, lagi la nampak mcm ape, macam baju+tudung pinjam. So, aku duk menanya-nanya semua org, 'Nak pakai tudung macam mane ni?'. Last-last, shawl aje la..

Aku beli lagi 1 meter kain fabric chiffon yang sama dekat Kamdar. Aku hantar kat mak cik tailor tu suruh jahit tepi & letak ribbon dekat bahagian bawah kain tu. Maka, dah jadi shawl.

Gambar menunjukkan proses mem'pin'kan shawl accessories

Accessories kat kepala, aku just pin/peniti kan je. Aku gunakan lace yang sama dekat baju, tapi kecik sikit. Then letak pearls and beads :) Idea ni inspired by Irna La Perle.

 Picture source : irnalaperle.com



Sambung cerita lost weight tu (sempat je ko kan Farah), seminggu nak dekat majlis, aku dah tenang sebab semua kerja & persiapan hampir siap. Maka nafsu makan aku naik balik. Dan aku bersyukur baju aku tak ketat sangat. Syukur masih boleh pakai. Siap hantar alter kain lagi (kain aje ye, tu pon sbb labuh sebenarnya). Ahakss. Show off. Tapi sekarang aku makin membesar bagaikan juara. Sekian.

p/s : Nanti aku share dgn lebih specific ye. InsyaAllah 1 post 1 benda/persiapan atau apa-apa pasal benda-benda yang lain-lain pulak ye :)


Have a great weekend guys