Saturday, May 12, 2012

Mini Pelamin - part 3

Assalamualaikum :) 

Part mini pelamin tak abis lagi ye kawan-kawan. Kesian korang kena layan bebelan aku pasal benda ni dah 3 hari 3 malam (refer to part 1 & part 2). Ke takde sape layan? hmm... Ahhh, nak sambung jugak!
 

Bertemu kita kembali. Eceyh.. Sebelum ni dah share sketch Mini Pelamin yg kat atas ni kan? Hari ni nak share design yang aku buat kat PhotoScape pulak. Mampu buat kat PhotoScape je sebab sangat mudah nak guna.

Sketch dah setel. Design soft copy pon dah setel. Hari tu dah propose kat mam besar (ibu), dia dah approved. Tapi belum tunjuk kat dia sketch ngan soft copy design ni kat dia lagi.

Ibu dah tolong gubahkan bunga-bunga dalam pasu yg aku beli. Alhamdulillah. Bantal nikah pun dah di beli. Satu aku beli. Pastu si 'dia' terjatuhkan kat jalan mase nak bawak masuk kereta. Dah pecah sikit bucu dia.

 Ni semua angkara si 'dia'. Nasib laki sendiri yg buat.

Tapi sebab aku buat muka mase dia jatuh kan. Dan sebab 'dia' kena marah, secara senyap-senyap si 'dia' beli kan yang baru. Pastu kena marah jugak sebab beli tak bagi tau aku. Sian awak.. tapi memang nak beli dua pon. Sebab nak gua time nikah nanti. So, dah tak yah beli dah. At the first place, aku nak pakai satu je bantal nikah kat pelamin tunang tu nanti. Tapi alang-alang dah ade dua, makenya, aku guna lah dua-dua terus :p

Eh, bukan aku nak share gambar yang aku design kat PhotoScape tu ke? Awat aku bukak cerita bantal nikah tu pulak? Okok, kembali ke jalan yang benar..

Kat bawah ni design yang aku buat kat PhotoScape yg aku duk gebang dari awal tadi. Cube tengok cube tengok..(promote)


Vase yang aku bakal gunakan, aku beli kat KK Home Deco. Dapat 50% discount sebab purchase more than RM100. Only valid for member ye. Bunga aku guna artificial flower je. Aku beli campur-campur. Ade yang aku beli kat KK, SSF dan ade yang dibeli kat Nilai 3.

Bantal yang bulat tu, bukan macam tu sebenarnya aku punya. Aku duk search kat google tak jumpa yg sebijik aku punya. Maka, aku amik je ape yg ala-ala.

Hari ni 12 Mei 2012, tinggal 15 hari je hari pertunangan aku bakal tiba. huhu.. Tapi aku masih gemuk (motif?). InsyaAllah selesai je majlis tu nanti, aku akan share semua persiapan untuk hari tu dan sepanjang majlis tersebut. InsyaAllah.

Dan aku harap, semua nya akan berjalan lancar. Aminn. Mohon semua yang membaca mendoakan kebaikan bersama.


Have a blast weekend guys :)

3 comments:

  1. Replies
    1. emel kt nsyuhadah87@gmail.com waiting for your feedback..huhuhu

      Delete
    2. Hai Syuhadah.. I dah email you :)

      Delete