Saturday, June 30, 2012

Engagement Attire

Assalamualaikum

Theme colours


Aku sangat-sangat suka warna pink. So, untuk majlis pertunangan, warna tema baju aku adalah coral pink, turquoise & baby blue. Masa dulu-dulu, aku memang dah aim nak kahwin pakai colour pink & baby blue. Tapi, tah macam mane, bole drag colour tu time tunang.

Baju



Aku gunakan kain chiffon colour coral pink & turquosie. 2 meter untuk baju & 3 meter untuk kain. Aku beli kain tu 3 meter sbb nak buat lipat-lipat kat kain tu memerlukan jumlah kain yg banyak.

Manik di lengan dan bahu

Manik kat baju ni adalah sentuhan tangan 3 orang, iaitu ibu, aku (tu pon sikit gile) dan last sekali Dinie. Mula-mula aku mintak tolong ibu jahitkan manik, tapi aku kesian tengok ibu siapkan barang-barang lain, maka aku amik inisiatif sendiri (skema bukan ayat ni) untuk sambung jahit manik. Buat 2/3 kerat, aku dah malas. Masa pon tinggal 2 minggu lagi, barang banyak tak setel, maka, aku hire kawan aku Dinie supaya sambung jahit.

Lace patching, manik & pearl

Dekat bahu baju ni adalah lace yg di patch. Pastu jahit pearl-pearl and manik-manik bagi dia sarat. Aku tak suka pakai lace, sebab lace tak flawless and macam kaku. Maka aku gunakan chiffon untuk fabric bagi baju tunang ni. Lace hanya digunakan untuk patching sahaja.

Design and inspiration

View dari belakang
Butang balut & bow ribbon
p/s : Abaikan lemak-lemak yang melimpah ruah di dalam gambar di atas

Design baju ni adalah inspired dari baju yang aku beli dari Calaqisya dan penambahan perincian butang balut pula dari Button My Button. Baju ni aku tempah kat tailor dekat area rumah aku kat Ampang. Makcik tu pon sebenarnya aku main hantar je sebab ramai tailor tak nak sebab diorg kata baju aku nak leceh (pffttthhhh). 

Picture source : Calaqisya

Alhamdulillah, memang cantik mak cik tu jahit. Sangat berpuas hati. Plus mak cik tu sangat baik & friendly. Dia excited buat baju aku (ni ayat dia ye). Baju nikah & reception pon aku tempah kat dia. Plus, dia lagi excited, sebab aku siap bagi sketch kat dia.

Hijab & accessories

Untuk tudung, actually aku nak pakai tudung sarung awning chiffon. Aku dah tempah kat Maju Junction dah. Walaupun tempah, tapi harga nya ok, tak mahal sangat RM40. Tapi aku lost weight 2-3 minggu before E-day tu. Dan baju aku sangat longgar. Bila pakai tudung tu, lagi la nampak mcm ape, macam baju+tudung pinjam. So, aku duk menanya-nanya semua org, 'Nak pakai tudung macam mane ni?'. Last-last, shawl aje la..

Aku beli lagi 1 meter kain fabric chiffon yang sama dekat Kamdar. Aku hantar kat mak cik tailor tu suruh jahit tepi & letak ribbon dekat bahagian bawah kain tu. Maka, dah jadi shawl.

Gambar menunjukkan proses mem'pin'kan shawl accessories

Accessories kat kepala, aku just pin/peniti kan je. Aku gunakan lace yang sama dekat baju, tapi kecik sikit. Then letak pearls and beads :) Idea ni inspired by Irna La Perle.

 Picture source : irnalaperle.com



Sambung cerita lost weight tu (sempat je ko kan Farah), seminggu nak dekat majlis, aku dah tenang sebab semua kerja & persiapan hampir siap. Maka nafsu makan aku naik balik. Dan aku bersyukur baju aku tak ketat sangat. Syukur masih boleh pakai. Siap hantar alter kain lagi (kain aje ye, tu pon sbb labuh sebenarnya). Ahakss. Show off. Tapi sekarang aku makin membesar bagaikan juara. Sekian.

p/s : Nanti aku share dgn lebih specific ye. InsyaAllah 1 post 1 benda/persiapan atau apa-apa pasal benda-benda yang lain-lain pulak ye :)


Have a great weekend guys

0 comments:

Post a Comment