Friday, July 13, 2012

E'Day - Mini Pelamin

Assalamualaikum

Whatsapp uols. Dah nak puase ni. Dah ganti puase? Kalo belum, ganti cepat-cepat. Eh, sempat ke? Sempat.. ada seminggu lagi. Cepatan yuk... Dan alang-alang, dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.

Ok, selesai sudah ucapan dan mukadimah puasa, ayuh kita berganjak ke Mini Pelamin di Hari Pertunangan ku. Mini pelamin seperti aku gebang di post ini, ini dan ini, aku DIY sahaja. Memang tak berniat lansung nak hire vendor. Ok, mari kita layankan gambar yang ade.


DIY Mini Pelamin


Mini Pelamin & Hantaran

Rombongan & keluarga

Props yang aku gunakan untuk deco mini pelamin aku listkan kat bawah. And certain barang aku ingat nak buka untuk sewaan, tapi tu kita pikir nanti-nanti lah. Sekarang nak listkan barang dulu.

Mini Pelamin :
  1. Carpet putih - 4 meter
  2. Bantal Nikah - Empat segi (2pc)
  3. Long white vase - Beli dekat KK Home Deco
  4. Artificial flowers
  5. Easel - DIY
  6. White frame & chalkboard - DIY
  7. White curtain
  8. Bantal kecil empat segi
  9. Bantal bulat bulu-bulu pink - SSF
  10. Paper flower -DIY
Kayu yang 'border/frame' kepada pelamin ni (yang warna brown) ayah aku yang buat sendiri. Frame kayu tu sebenarnya aku recycle a.k.a guna balik. Ayah buatkan frame tu untuk pelamin cousin aku awal taun lepas.

DIY Chalkboard, frame & easel

 Frame, chalkboard atau papan hitam, dan easel ni semua DIY, buat sendiri tau. InsyaAllah aku akan buat short post cerita pasal 3 items ni ya. Malam ni jugak (yelah tuuuuu)


Subject matter : Paper flower bukan Farah Syaza & Farah Izzati (adik)

Mula-mula memang aku nak guna pinwheel/paper fan, tapi last minit aku tukar atas sebab kesuntukan masa. Paper flower yg aku buat kat blakang tu, aku start buat 4 hari before the engagement day. Sempat buat banyak tu je, sebab semua dah jadi hura-hara dan kelam kabut gara-gara last minit punye pasal. Last minute always work adalah quote untuk sedapkan hati. Tapi tak 'works' lansung. Hahhaha.

Cara nak buat paper flower tu dah banyak diblogkan. Nak tau macam mana nak buat, check link ni (Link : DIY Paper Flower). Tissue paper untuk buat paper flower ni boleh beli kat kedai buku Popular atau mana-mana kedai jual barang-barang kahwin. Tapi material kertas akan menentukan ke-gebu-an bunga ni. Better beli yang tak keras sangat, tak lembut sangat. So far aku hanya berpuas hati dengan material tissue paper yang jual kat Popular. Sebab bunge tu bloom gebu-gebu. hehee.



Subject matters : Easel, frame, chalkboard, carpet bulu-bulu putih, bantal nikah, white vase from KK Home Deco & bantal bulu-bulu pink.

Macam ape yang aku cerita kat atas, easel, frame & chalkboard ni hasil buatan tangan atau bahasa tak-kuno-nya adalah DIY. Nanti aku buat single post pasal barangan ni. Carpet bulu-bulu warna putih ni aku beli je..sebab boleh gunakan untuk majlis akan datang. Dan InsyaAllah aku akan buka untuk sewa.

Bantal nikah yang duduk ni pon aku beli sendiri. Ada 2 pcs. Actually ada dua bentuk; bulat atau 4 segi. Tapi aku choose 4 segi instead of bulat. Reason, sebab aku suke. hahahaaa. Bantal nikah duduk ni pon aku akan buka untuk sewaan. Nanti aku pikirkan balik idea sewa-sewa ni.

White vase aku beli kat KK Home Deco. Dapat 50% off sebab aku beli artificial flower tu semua. Artificial flower agak mahal jugak lah sebenarnya. Kalo guna fresh flower pon tak jauh beza agaknya. Dan dan dan, bantal pink bulat bulu-bulu tu aku beli kat SSF. 2 biji aku beli. Aku sangat-sangat suka bantal ni. Lepas habis majlis akan datang boleh jadikan decoration kat rumah. haaa~ Tettt. Jauh sangat pikir tu.

Oklah, macam dah berjela post ni. Aku akhiri post ini dengan gambar kami. hahahaa. tak boleh blah ko ni Farah. Take care peps, have an awesome & bless Ramadhan :)

Us ♥