Tuesday, October 9, 2012

DIY Easel and Chalkboard


Assalamualaikum

Dah lame gile aku tak update blog. Busy kah? Oh, tidak. Cuma malas. Jujurkan.. Ok, aku dah janji nak review pasal easel and chalkboard yang digunakan masa Majlis Bertunang hari tu.

Easel & chalkboard ni adalah hasil titik peluh aku dan Encik Tunang. Sebab cost buat sendiri adalah super duper murah berbanding beli.

Easel

Easel ni memang 100% Encik Tunang yang buat. Ya dia buat sorang. Aku tolong tengok pon tak. Yang aku tau, aku bagi arahan, sketch the structure, pastu tetibe dia kata dah siap. It only took less than 1 hour to make it ya. Maka, jangan membazir dan kayakan tokei kedai. Buat je sendiri.

Kalau kat kedai, cost untuk easel sahaja dah Rm100++. Belum campur board nye lagi. So better kerah keringat si jejaka-jejaka untuk buatkan ya.

Chalkboard

Chalkboard pon kami buat sendiri. Hanya 40% je keringat aku digunakan. Selebihnya keringat jejaka a.k.a Encik Tunangan. (Aku rase percentage aku tu patotnya dikurangkan lagi laa :p)
Ade dua chalkboard yang kami buat. 1 empat segi, 1 lagi ade white frame.

Bahan paling utama untuk buat Chalkboard ni adalah Chalkboard Spray!


Chalkboard Spray. Image source : Google

Chalkboard spray ni aku beli kat Ace Hardware Midvalley ke OU tah. Tak ingat la. Harga dia dalam RM25. Sebotol boleh buat 3-4 board. Berbaloikan! Ni semua hasil kerajinan google tutorial buat Chalkboard. Boikot beli.. ayuh DIY.


Chalkboard 4 Segi

Yang 4 segi ni, suppose aku nak buat board 'Today's Menu', tapi last minit aku letak kat sebelah photobooth. Board 4 segi kayu ni aku beli kat popular. Harga dia dalam RM14 macam tu lah. Tak ingat sangat. Lepas dah gosok sikit permukaan dia dengan kertas pasir, aku spray gune Chalkboard Spray yang aku beli kat Ace Hardware.

Chalkboard White Frame

Idea untuk buat frame ni jadi Chalkboard datang bila aku jumpe gambar (as per below) dalam website Ruffled(R). Sangat creative la diorang. Actually, warna sebenar frame ni, colour brown kayu. Aku beli frame ni masa aku belajar kat Kuching dulu. Murah je, dalam RM30. Aku mintak permission ibu untuk spray warna putih, and dia agreed.


Image source : Ruffled

So, first aku spray lah frame tu jadi warna putih. Spray 2-3 layer. Kebetulan masa tu, rumah Encik Tunang baru habis renovation. So, depan rumah dia ade papan-papan plywood nipis yang nak dibuang. Kami amik untuk jadikan board dia. Sebab, frame tu takde papan. Just frame semata-mata. Tengah-tengah dia rompong.

Plywood tadi kami potong ikot bentuk frame, gosok dgn kertas pasir, spray dgn Chalkboard Spray and tampal belakang frame.. Pastu siap! Senang kan!


Sekarang board ni hanya tersadai dalam stor. Kesian mereka. So, mari kita fully utilised kan board hasil tangan kami. Dibuka untuk sewaan!

U n t u k  S e w a :


- Email kan ke : fa.syaza@yahoo.com
- Rental Price :
  • 1 board empat segi + 1 easel = RM40
  • 1 board white frame + easel = RM50
  • 2 boards + 2 easel = RM80
Sebarang pertanyaan jangan malu, jangan segan, tanyalah saya yee. Have a blast day ahead.


3 comments:

  1. Kalau nak sewa easel sahaja berapa?

    Email me : errapazira_86@yahoo.com

    ReplyDelete