Sunday, December 22, 2013

Sewa Meja Nikah

Assalamualaikum,
 
 
Dear all b2b, kepada yang berminat nak sewa meja nikah, sila email ke fa.syaza@yahoo.com , atau whatsapp 016-2224604.
 
Size : 2 x 2.5 ft
Rental Price : RM50
 


Spotted !! Meja nikah sama seperti koleksi kami juga digunakan semasa majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar.

Picture source kezoom.blogspot.com

Meja nikah





Notakaki : Jangan lupa Like page Bridal and all di facebook (http://facebook.com/bridalandall) dan follow kami di instagram (@bridalandall)

Monday, December 9, 2013

Hantaran

Assalamualaikum
 
Post kali ni kita focus pada hantaran sahaja. Hantaran dari pihak perempuan, kiranya hantaran dari aku untuk Faiz. Hantaran memang aku plan tak nak banyak. So, kami pilih 5 dulang berbalas 7. Seperti anda semua tahu, aku ni pengantin budget. Segala benda save nak jimat, so buat sendiri lah kan. Atau dalam bahasa modern diy.
 
Bunga untuk hantaran ni, aku beli dekat Petaling Street sehari sebelum nikah. Aku tak ingat aku beli berapa dozen bunga, tapi total cost dalam RM300 lebih. Tak ingat specific number. Masa tu aku beli roses; putih & pink untuk hand bouquet, carnations untuk hantaran, dan lily untuk decos. Banyak la.. penuh seat belakang kereta.
 
Theme colour untuk hantaran pink & purple :)
 
.....
 
Terjemahan Al-Quran & Sejadah


Kasut



Toiletries & Electric shaver



Kemeja


Sireh



Chocolates & Macaroon


Cincin


Close up cincin

 
Aku kira-kira ada 6 je, tak cukup gambar hantaran aku lagi 1 rupanya. Lagi satu hantaran aku tak ingat apa dia -.-'
Sepanjang preparation untuk kahwin, hantaran adalah benda paling last aku fikirkan. Aku pon tak tau kenapa aku fikir macam tu. Padahal orang sangat bagi penekanan soal hantaran kahwin... Dan nampak sangat aku ni pelupa, hantaran lagi satu pon tak ingat apa dia. Kalau ingat nanti aku amend balik post ni.
 
.....
 
 
 
Dah nak dekat setahun aku kahwin, tinggal lagi 11 hari je untuk 1st wedding anniversary kami. Alhamdulillah syukur atas jodoh ini. Dah nak dekat setahun kahwin, tapi nikah punya review pon tak settle-settle. Belum masuk majlis sanding & bertandang lagi ! Kbye (mengelat)
 
 
 
p/s : Sesiapa yang berminat untuk menyewa bekas hantaran diatas, sila email aku k, RM6 je per dulang. Haa! Jangan lupa LIKE page Bridal and all ;)

Thursday, September 12, 2013

Bridal and all by Double F

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang kami sedang berjinak-jinak dalam urusan membuat business pelamin 'gitew'. Kalau korang perasaan, dekat side bar sebelah kanan blog aku ni ada gambar-gambar pelamin yang kami buat. Oh, business kami ni kami namakan Bridal and all. Jangan tanya kenapa Bridal and all? Kenapa tak namakan Pelamin Anganku Musnah, jangan tanya !

Bridal and all tak terhad kepada service membuat pelamin semata-mata, kami juga ada service untuk photobooth, guestbook, doorgift, beading and patching, service PA system, mengubah hantaran, service cetakkan kad kahwin, sewaan barang-barang pelamin untuk yang nak diy pelamin sendiri dan sebagai nya.

InsyaAllah facebook ni kami akan updatekan dengan semua rental items, dan pelamin yang dah kami buat dalam masa terdekat. InsyaAllah. 

Dari bermula dengan tolong-tolong kawan buatkan pelamin, kami telah terjebak buat pelamin & create business Bridal and all ni sebagai kerja part time. Harap pembaca-pembaca blog aku dapat support kami dalam bidang ni. :) Dan terima kasih juga kepada pembaca-pembaca blog yang sudi menyewa barang2 dan menempah beading dari kami. Terima kasih. Tapi tu lah, tak sempat pon nak upload & update hasil-hasil kerja diy korang kat sini. Siapa yang follow instagram aku, boleh lah search hashtag #bridalandall untuk tengok hasil kerja kami di Bridal and all.

Dengan itu apa lagi, tunjukkan support anda dengan LIKE fan page kami - 


Dan follow kami di instagram
http://instagram.com/bridalandall

http://instagram.com/bridalandall
 

Sebarang pertanyaan boleh di emailkan kepada fa.syaza@yahoo.com.

Have a great day ^___^

Friday, August 30, 2013

Custom Monogram

Assalamualaikum



Post sebelum ni, aku ada share dengan korang pasal frame dekat bilik aku masa kahwin tu kan? Ada... cuba tengok entry lama tu balik (link)... Korang boleh custom buat initial nama korang sendiri. Boleh pilih colour, boleh pilih huruf. Everything. Bukan initial je boleh buat, website ni ada macam-macam. Pandai-pandai korang la nak guna printable dia nak buat apa. Guna creativity masing-masing.

http://www.ontobaby.com/free-printables/


Printable Stationery - Ontobaby

Colour yang boleh dipilih untuk Initial Monogram
 
Macam-macam jenis printable stationaries yang ada untuk korang pilih and guna. Plus ia adalah custom. Korang boleh choose any colour yang korang suka. Bukan je ada Initial Monogram, tapi ada invitation card, tag and etc. Paling sesuai untuk korang yang nak buat baby shower la. Sebab template ni pon memang untuk baby shower & baby punya nursery. Aku je pandai-pandai olah letak kat bilik pengantin. Hehee.
 
Yang aku gunakan untuk frame macam gambar kat atas adalah - Initial Nursery Print.
 
.......
 
 
 
 
Actually, website Ontobaby ni di bawah Weddingchicks, website yang jadi favourite aku macam B2B dulu. Banyak inspiration yang aku dapat dari WeddingChick ni. Dekat Weddingchicks pon ada free printable yang paling sesuai untuk majlis kahwin anda. Macam aku cakap sebelum ni, ikut creativity cara nak gunakannya.
 
Printable yang ada dekat Weddingchicks - 'thank you tag', invitation card, wedding signs, 'save the date', deco untuk guestbook, macam-macam la. Rajin-rajin lah korang try one by one. Aku try sampai jadi tamak tak tau nak pakai yang mana satu.
 
 
Printable Stationery & DIY Ideas - WeddingChicks
 
 
 
 
InsyaAllah next post aku akan share segala benda yang aku guna dari both website untuk jadi wedding deco aku ya. Hari ni takda mood nak settlekan semua.
 
 
Happy Merdeka Day fellow Malaysian :)

 

Thursday, August 15, 2013

Bilik Pengantin

Assalamualaikum semua...


Selamat hari raya aku ucapkan, masih belum terlambat rasanya. Raya kat Malaysia ni sebulan, apa ade hal wish Hari Raya pada Syawal ke 8. Hehee~ Entry kali ni aku nak cerita pasal bilik pengantin lama. Hahaa.. Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan kami jadi suami isteri, tapi banyak review tak buat lagi. Nak buat macam mana, owner blog pemalas. Gambarnya ada, tinggal nak menaip je. Tu pon malas. Dan aku skip entry Tutorial cara pakai halfmoon shawls mcm veil, sebab kalau tak, sampai bila pon aku takkan settle review semua benda. Dik kerana hanya 1 entry tutorial, habis semua cerita pon jadi lapuk. Maafkan daku......
 
Ayuh kita mula kan.
 
....
 
Bagi orang generasi makcik-pakcik dahulu kala, bilik pengantin antara ruang wajib yang perlu disiapkan dekorasinya. (Chewahh ayat). Tapi kita generasi Y zaman sekarang ni, bilik tidur maybe antara benda akhir yang kita fikir. Tu pon kemas sebab nak photoshoot masa tengah make up. Zaman sekarang ni, posing-posing terbaring-baring, guling-guling atas katil amatlah jarang berlaku. Dah tak 'in' katanya. Biarlah. Aku pon tak suka. Malu nak posing gitu dengan orang tengok okay ! Bagi aku, bilik sekadar simple sudah lah. Takyah meriah berbunga-bunga bagai. Plan awal aku, nak bilik aku ala hotel. Tak boleh blah kan. Maksudnya, moden dan simple. Putih, grey & hitam adalah tema awal. Tapi itu semua awalan. Akhiran sure la jadi lain kan?! Aku juga plan untuk buat pillow case 'Mr and Mrs' untuk decoration atas katil. Nothing much.
Theme colour : White, grey and black. Modern style deco.
Bantal Mr and Mrs.



Masa sale nak dekat raya last year (2012), aku ada la jalan-jalan dekat Festival City, Danau Kota, then Akemi buat sale. Aku pon beli la set bedding and comforter, something macam gambar kat bawah ni... (aku tak jumpa gambar yang sebijik macam yang aku beli, yang bawah ni ala-ala laa). TAPI ibunda kata macam tak kahwin. Macam cadar katil bilik tidur je. Eh, memang bilik tu bilik tidur pon kan ? -.-'

Picture source : https://www.facebook.com/AkemiMalaysia

Dipendekkan cerita, ibu belikan aku bedding baru. Sungguh sinar-sinar cadar katil aku. Aku terima je. Redha. So, yang aku beli tu, boleh la pakai nanti-nanti. Syukur lah ibu tak belikan colour merah ke, biru ke... Kalau tak, habis lari tema. Tapi syukurlah ibu aku tu ade taste jugak. Kalau tak, nangis aku.


Bedding

DIY : Mr and Mrs on pillow case

Wording Mr & Mrs tu, aku cuma penitikan kat bantal. So, takyah la susah-susah nak jahit. Sebab mana tahu bedding ni orang lain nak gunakan nanti. Wording Mr-Mrs tu aku guna kain felt hitam je. Gunting, pastu penitikan kat bantal. Senang. Tapi ingat, sebelum baring sila la buka wording tu. Kang tak pasal-pasal tertusuk peniti kat kepala.

.....
 
 
Paper lantern. Beli dekat Typo by Cotton On.


 
Korang perasan tak cermin kat meja solek tu. Dulu masa tunang, aku guna frame tu buat chalkboard (link). Masa kahwin dia bertukar kepada cermin. Hehee. Kat cermin tu aku selitkan gambar polaroid masa nikah.

Meja solek dan kerusi ni, dibeli dekat SSF Home. Meja tu kebetulan ada 40% discount. Tapi aku tak ingat harga lepas discount berapa. Kerusi tu aku beli sehari before aku nikah. Bayangkan, dari Beranang, singgah SSF Cheras beli kerusi, pastu buat henna dekat Jalan Tar, pastu singgah Petaling Street ambil bunga untuk hantaran. Hari-hari sebelum tu, ada la cari kat Ikea, tapi takda yang berkenan. So, terpaksa cari last minit. Syukur ada yg berkenan kat SSF. Dan tengah offer. RM99 sahaja.

Close up : Design Kerusi.

.....

Ibu ada belikan side table untuk bilik aku (gambar di bawah). Tapi macam tak muat je letak tepi katil. Plus, aku takda night lamp. Night lamp yang aku beli pon kecik sangat dan lupa nak beli bulp dia. So, aku ambil side table tu, arrange bertingkat, letak tepi almari tepi nak ke pintu. Gambar kat bawah ni, photog aku yang tangkap. Dia yang susun kasut dengan hand bouquet tu macam tu.



.....

Antara deco lain yang aku DIY adalah picture frame kat bawah ni. Frame aku beli dari Kaison Festival City. Btw, kalau korang nak beli frame gambar, beli lah kat sana, murah ! Yang frame macam aku ni size A4. Harga RM19.90 sahaja.
 
Maybe tak clear sangat, ape benda lah yang aku cuba sampaikan kat frame tu. F is for Faiz. L is for Love. F is for Farah. Faiz Love Farah. Gitu lah equation nya. Kepada yang berminat nak design yang sama, nanti esok aku buat review nak custom kat website mana. Yang penting, FREE !
 

 
 
 
 
Photog aku masa hari sanding suka sangat bilik aku ni. Dia lelaki tau. Dia kata, senang bilik putih. Ambil gambar kat sudut mana pon cantik sebab lighting baik. Tu dia la cakap, bukan aku. Ok lah. Jumpa lagi kat next entry. Salam aidilfitri :))

Tuesday, June 11, 2013

Rental Item - Kerusi Pelamin Crystal Ottoman

Assalamualaikum
 
 
Sorry dan maaf sebab dah lama tak update blog. Aku receive beberapa email request pasal macam mana nak pakai halfmoon shawl jadi veil (refer entry ini), macam mana pakai tudung time nikah, inner beli mana & lain-lain... Sorry korang, aku tak sempat nak tangkap gambar and review semua tu lagi. InsyaAllah aku buat dalam masa terdekat. Plan nak buat minggu lepas, tapi dah habis minggu pon aku masih tak buat lagi. Sorry lagi. Ya, aku janji buat dalam masa terdekat InsyaAllah...
 
Ok, berbalik pada topic, kepada bride-to-be yang ingin buat pelamin DIY sendiri dan memerlukan kerusi untuk pelamin anda (gambar seperti dibawah), sila email aku ya.
 
Kalau self pickup, sewanya RM300. Kalau delivery, sewanya RM400. Delivery di area Lembah Klang & Selangor sahaja.
 
 


Sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke fa.syaza@yahoo.com.

Saturday, April 27, 2013

Teaser - Tudung Nikah

Assalamualaikum

Layan dulu gambar. Nanti aku buat entry penuh untuk tudung ni, head accessories yang lace-patch tu, inner tudung, dan insyaAllah tutorial macam mana nak pakai tudung yang nampak macam veil.

 
Abaikan muka itu. Fokus pada tudung sahaja =p


Thursday, April 25, 2013

Baju Nikah Peplum

Assalamualaikum


Mood untuk ber-blog telah datang. Well, dah banyak teaser aku buat untuk 'majlis nikah'. Kali ni aku nak cover hal baju nikah... Untuk baju nikah, material yang digunakan semestinya chiffon untuk mendapatkan hasil yang flawless dan cantik bagi aku. Plus, badan aku agak 'plum', so amatlah tak sesuai pakai full lace sebab baju tu nanti nampak keras, kaku dan menampakkan yang aku ni pendek dan gemuk. 

Colour untuk nikah, aku pilih grey and baby blue (please refer to this post). Chiffon aku beli 4 meter untuk baju, dan 1.5 meter untuk tudung. InsyaAllah aku akan buat post yang lain untuk cover hal tudung sahaja. So, takde lah semak post ni berjela-jela semua nak cerita ye tak?? 

Baju nikah aku tempah dekat tailor yang sama dengan baju tunang aku. Cost tempah baju & tudung RM180. Murah tak? eheee... Beading, ibu aku yang jahitkan. Aku request dia patch lace and letak pearl beads. Dan Alhamdulillah, semenjak post gambar baju ni dekat fb, ramai juga yang buat tempahan untuk patching tudung untuk hari bahagia mereka.. (p/s : Sesiapa nak tempah boleh email aku ye). Sempat iklan kan..;p

Baeek punya angin kipas buat peplum aku kembang kan? Aku tak selebar itu ok.

Tudung before letak head-patch-lace



Patern baju yang aku choose untuk majlis nikah adalah peplum. Korang tau kan yang peplum sangat 'in' last year. Untuk kain nya pula, aku mintak tailor tu buat kain kipas belakang untuk memudahkan aku bersimpuh time tunggu akad nikah. Sila lah paham, duduk bersimpuh lama-lama adalah sangat melenguhkan. -.-'

Perincian bawah dada

Aku adalah sangat berterima kasih kat ibu sebab hasil tangan dia menjahit beading kat baju ni. Aku sangat suka, yang sangat-sangat suka. Beading yang ibu gunakan bukan lah terhad pada 1 colour je. Ibu letak beads dark blue, dark grey, pink, turquoise, purple, banyak la.. habis semua colour ada, which make the dress tak nampak kaku and stuck to 1 colour only.

Perincian di tangan

Patch and beads di lengan tangan



Sekarang kita beralih arah pula ke pihak lelaki yang memakai baju melayu. Baju melayu untuk Faiz, aku just beli siap di Semua House, Jalan TAR. Untuk samping Faiz, aku beli di Jakel... Baju melayu & samping ni aku berikan dalam hantaran tunang dulu. Untuk samping faiz aku choose colour coral blue bagi mengikut tema kami - grey & baby blue.


Korang perasan tak patch lace dekat bahu tu? Suppose dekat baju takda(refer gambar kat atas), tapi aku pin kan lebihan patching yang ada di bahu.

Encik Husband =3

Accessories songkok atau brooch kat songkok tu, aku beli di kedai brooch area jalan TAR. Harga dalam RM5 - RM15, tak ingat. So,tak payah susah-susah korang carik kat bridal bagai. Beli je terus. Murah lagi pon.


Alright, setel sudah entry kali ni cover untuk baju sahaja. InsyaAllah, next entry aku akan cover pasal tudung, head-patch tu, and InsyaAllah aku akan buat tutorial macam mana nak pakai tudung macam tu ye. Thanks for reading guys. Sorry for the very-long-entry. Have a great day ahead ..

Heart-love : F&F

Wednesday, April 24, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Baju Tunang Untuk Di Sewa

Assalamualaikum
 
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa baju untuk apa-apa pon majlis anda, sila contact saya via email : fa.syaza@yahoo.com. Sila tinggalkan nombor telefon anda kat email tu nanti. Senang nak sms/whatsapp :)
 
Gambar-gambar baju boleh tengok kat sini.
 
Baju kiri ye. Bukan yang kanan ;p
 

Tuesday, March 26, 2013

DIY Photobooth - E'day

Assalamualaikum

Bila aku tengok balik gambar-gambar tunang, baru aku sedar dan teringat yang banyak lagi post dalam draft tak setel. Hari ni, datang mood aku nak flashback cerita preparation zaman tunang-tunang dulu. Kalau korang refer post Teaser - My Engagement Day, aku ada upload gambar kami di photobooth. Tapi sampai dah kahwin, tak jugak setel kan entry-entry tunang. Sila redha. Maaf juga diberi oleh tuan tanah ini..ehee...

Aku buat photobooth bagi memudahkan rakan-rakan taulan posing-posing dan tangkap gambar secara bebas diluar tanpa dipandang oleh makcik-makcik yang ada sedang berborak dan bergossip didalam rumah. Cost yang diperlukan untuk buat photobooth ni sangat lah murah.. Bahan-bahan yang perlu ada, aku listkan kat bawah ni, beserta dengan harga dan some explanations.

Barang-barang photobooth :
  1. Kain colourful - Aku beli kain ni 1 meter untuk setiap colour. Colour yang aku choose adalah pink, yellow mustard, green, blue and purple. Semeter dalam RM5 tak silap. Beli dekat Kamdar. Material kain chiffon lining.
  2. Kayu sisi - Kayu ni aku buat pagi-pagi sebelum majlis. Bangun-bangun terus aku cari kayu, dan bertukang dengan adik aku. Kebetulan masa ni, rumah parents aku under construction, so aku amik la kayu-kayu yang diorang gunakan. (Kalau korang perasan, dalam gambar aku dengan Faiz, ada terselit gambar rumah yang tgh buat tu..haaa...kat situ lah aku curi ambil kayu)
  3. Easel & chalkboard - DIY (refer this entry

DIY Easel and chalkboard

*hoto boo*h - Huruf terbang kena tiup angin. Nampak tak bersepah kat rumput tu

DIY  photobooth by Fasya Rahza bukan typo sebenar

Us : Double F



 Ni antara gambar bersama kawan-kawan yang hadir. Berbaloi hasil titik peluh bertukang buat sisi kayu untuk gantung kain jurai-jurai tu, bila tengok semua semangat nak tangkap gambar kat situ.



High school best friends - (Mereka juga bridesmaid aku masa wedding)

Uitmcs Sarawak buddies

Rakan-rakan Pengakap Kelana C. Siap pakai baju corporate kelana lagi

Maka tamatlah entry photobooth ni. Dah nak dekat setahun baru nak buat entry ni.. hahaha. Sorry.. Ok, nak promote sikit, easel & chalkboard tu open untuk sewaan ya. Dan service Whimsical Frame pon masih ON. Any enquiries, boleh contact di email fasyaza@yahoo.com. Thanks for reading. Well, nanti i sambung cerita hal-hal kahwin ya uoollsss. I janji takkan amik 'tahun' macam entry ni ya.. Tatata...