Wednesday, March 27, 2013

Baju Tunang Untuk Di Sewa

Assalamualaikum
 
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa baju untuk apa-apa pon majlis anda, sila contact saya via email : fa.syaza@yahoo.com. Sila tinggalkan nombor telefon anda kat email tu nanti. Senang nak sms/whatsapp :)
 
Gambar-gambar baju boleh tengok kat sini.
 
Baju kiri ye. Bukan yang kanan ;p
 

Tuesday, March 26, 2013

DIY Photobooth - E'day

Assalamualaikum

Bila aku tengok balik gambar-gambar tunang, baru aku sedar dan teringat yang banyak lagi post dalam draft tak setel. Hari ni, datang mood aku nak flashback cerita preparation zaman tunang-tunang dulu. Kalau korang refer post Teaser - My Engagement Day, aku ada upload gambar kami di photobooth. Tapi sampai dah kahwin, tak jugak setel kan entry-entry tunang. Sila redha. Maaf juga diberi oleh tuan tanah ini..ehee...

Aku buat photobooth bagi memudahkan rakan-rakan taulan posing-posing dan tangkap gambar secara bebas diluar tanpa dipandang oleh makcik-makcik yang ada sedang berborak dan bergossip didalam rumah. Cost yang diperlukan untuk buat photobooth ni sangat lah murah.. Bahan-bahan yang perlu ada, aku listkan kat bawah ni, beserta dengan harga dan some explanations.

Barang-barang photobooth :
  1. Kain colourful - Aku beli kain ni 1 meter untuk setiap colour. Colour yang aku choose adalah pink, yellow mustard, green, blue and purple. Semeter dalam RM5 tak silap. Beli dekat Kamdar. Material kain chiffon lining.
  2. Kayu sisi - Kayu ni aku buat pagi-pagi sebelum majlis. Bangun-bangun terus aku cari kayu, dan bertukang dengan adik aku. Kebetulan masa ni, rumah parents aku under construction, so aku amik la kayu-kayu yang diorang gunakan. (Kalau korang perasan, dalam gambar aku dengan Faiz, ada terselit gambar rumah yang tgh buat tu..haaa...kat situ lah aku curi ambil kayu)
  3. Easel & chalkboard - DIY (refer this entry

DIY Easel and chalkboard

*hoto boo*h - Huruf terbang kena tiup angin. Nampak tak bersepah kat rumput tu

DIY  photobooth by Fasya Rahza bukan typo sebenar

Us : Double F



 Ni antara gambar bersama kawan-kawan yang hadir. Berbaloi hasil titik peluh bertukang buat sisi kayu untuk gantung kain jurai-jurai tu, bila tengok semua semangat nak tangkap gambar kat situ.



High school best friends - (Mereka juga bridesmaid aku masa wedding)

Uitmcs Sarawak buddies

Rakan-rakan Pengakap Kelana C. Siap pakai baju corporate kelana lagi

Maka tamatlah entry photobooth ni. Dah nak dekat setahun baru nak buat entry ni.. hahaha. Sorry.. Ok, nak promote sikit, easel & chalkboard tu open untuk sewaan ya. Dan service Whimsical Frame pon masih ON. Any enquiries, boleh contact di email fasyaza@yahoo.com. Thanks for reading. Well, nanti i sambung cerita hal-hal kahwin ya uoollsss. I janji takkan amik 'tahun' macam entry ni ya.. Tatata...







Monday, March 25, 2013

Wedding Goodies Idea - Chocolate Wrapper

Assalamualaikum

While surfing and scrolling at Pinterest, aku terjumpa post yang ni. Sangat good idea. Boleh buat sendiri, dan yang paling aku suka adalah jimat !! Boleh dijadikan doorgift utk kanak-kanak. Takyah membazir korang nak wrap mahal-mahal. Pastu buang jugak kan. eheee..

Image copy and paste dari blog Stempel-trifft-Papier. Dan semestinya, aku tak paham apa dia tulis. Bahasa German aku rasa ;p













Wednesday, March 20, 2013

Nikah - Colour Theme

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini genap 3 bulan kami menjadi suami isteri. Aku harap kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga-Mu Ya Allah. Amin ya rabbalalmin.


For me, wedding bukan saja untuk diri aku, tapi ia involve the whole family, terutamanya family asas aku - ibu, ayah & adik-beradik. Dalam semua benda yang aku inginkan untuk perkahwinan kami, aku perlu juga tanya pendapat parents dalam semua keputusan. Tipu kalau aku katakan taste kami semua nya smooth and sama je. Tipu! Sampai ada kalanya, bertengkar jugak la. Tapi takda lah sampai tengking-tengking etc etc. Argue.. haa, this is the specific word to describe the situations. Lagi-lagi untuk aku yang anak sulung. First wedding dalam family. Sure ibu extra excited untuk prepare semua benda kan !

Bagi aku, kalau nikah, sure nak putih. Bersih. Suci murni. Hahaa. Bila aku bincang dengan ibu, yang aku nak baju nikah warna putih, ibu tak setuju. Dia kata common sangat. Cream? Dia tak mau. Perghh... ni aku yang nak nikah ni, napa tak ikut taste & kehendak aku? Pernah jugak terdetik soalan ni dalam hati. Tapi sebagai anak aku hanya turutkan katanya. Tapi so far, apa yang ibu pilih, dipenghujungnya, aku berpuas hati. (Lesson learn : Dengarlah kata orang tua mu) ;p

Kain untuk nikah beli untuk diletakkan dalam hantaran masa tunang. End up, kami sepakat memilih colour grey. Grey nak combine dengan apa? Sebelum jawap soalan ni, aku nak bagitau.. aku tak suka 1-2 colour. For me, kalau guna colour yang limited, result akan jadi statik. bagi aku la kan..takleh nak pakai sangat. Ikut taste atau citarasa masing-masing :)

Berbalik kepada soalan aku tadi - Grey nak combine dengan apa? Grey pink cantik tapi macam common. Grey putih? Memang ok. Tapi tak colourful. Muktamad, aku nak grey + baby blue!

Theme Nikah

Grey & baby blue





 To be continued . . .





Tuesday, March 19, 2013

Nikah - Teaser

21 Disember 2012 : Solemnization  - Gambar dari instagram

Friday, March 15, 2013

Kad Kahwin - Final

Assalamualaikum

Untuk kad kawin, ada 6 design pilihan..(refer link ni) Setelah dinilai, tanya parents, tanya kawan-kawan, last-last, aku pilih design yang bawah ni. Sebabnya, sebab aku suka. Mudahkan... suka dan terus dipilih.

Wedding invitation - Walimatul Urus Farah & Faiz


Aku memang nak card yang simple, depan belakang.. sebab, aku rasa membazir buat kad mahal-mahal then orang buang. Lagi satu sebab budget. Aku peruntukan total cost for invitation cards mestilah tak sampai RM500. 

Size yang aku nak, dalam 4" x  9". Macam kertas A4 lipat dua memanjang. Dan aku nak print kad kahwin ni 1000 keping.

Sejujurnya, aku lansung tak survey pasal kad kahwin. Aku ada la Like a few fb page yg buat service kad kahwin, itu pon sebab nak tengok design dia je. Aku memang awal-awal dah plan nak design sendiri/minta orang designkan, then aku pergi print sendiri. Tempat print kad kahwin yang murah adalah aku survey... hehee...

Well, aku ada bagitau yang design di buat oleh kawan aku Nget. So, aku bayar service design kat Nget. Berapa? Harga member-member, mana boleh reveal kat blog. Bankrupt la kalau macam tu...

Klimaks cerita kad kahwin - aku ada 2 tempat yang aku pertimbangkan untuk print :

1. Kad Kahwin Borong

Website : http://www.kadborong.com/

Kalau print kat sini, memang murah.. Untuk size kad aku (4 x 9') seribu keping, setiap satu kad jatuh RM0.19. Tapi ada cost penghantaran. Dan tempoh masa siap print, up to 2 weeks.
 Tapi aku nak cepat, sebab parents dah tanya-tanya kad tak siap lagi ;p


2. e-Cetak [/] (Menang pilihan makcik terdesak nak print)


Website : http://ecetak.com/percetakan/kad-kahwin/



Aku google then Alhamdulillah terjumpa pasal e-Cetak dekat facebook. Aku kan urgent nak print cepat, so aku call terus. Discuss-discuss, diorang setuju siapkan dalam masa 3 hari, tapi ada extra payment sebanyak RM50 utk 'fast printing'. Time tu dah terdesak, maka aku setuju sahaja.

e-Cetak aku rasa bagus and profesional. Diorang print kan sebanyak 1030 keping. Extra 30 keping. Free envelope. Kad aku di upgradekan dari nipis kepada yang tebal tanpa charge. Aku amik sendiri kat kedai diorang dekat Kajang. Tapi sekarang diorang dah pindah ke Serdang. Aku register as a 'dealer' terus. So, dealer dapat harga dealer la pasni, bukan harga biasa...which mean lagi murah. Pasni siapa nak print kad kahwin, bagitau aku, aku tolong ;p

Harga aku print kad kahwin ni, RM230. So, sehelai jatuh 23 sen. Dia charge RM230 atas harga biasa. Lepas ni kalau nak print baru dapat harga dealer.

Adakah kad kahwin aku menepati  budget/peruntukan? Mari kita sama-sama kira...

Service design dekat Nget = y
Printing di e- Cetak = RM 230

y + RM230 = Less than RM500


SASARAN TEPAT ! MENEPATI BUDGET ! TAHNIAH !



Sekarang ni kan musim orang semua gila Instagram, aku pon tak terkecuali. Gambar kad kahwin tu mestilah post kat instagram jugak lah kan... ;p

Follow instagram : fasyazamansor

Kepada yang berminat untuk service printing kad kahwin, boleh direct email aku dekat bridalandall@yahoo.com . Design aku tak sediakan tau... korang design sendiri. Aku tinggal printkan je. Bubye :)


Thursday, March 14, 2013

Rubber Stamp - Part 2

Assalamualaikum

Sebelum ni aku ada buat entry, Official Rubber Stamp - Part 1. Dah berkurun baru aku ingat nak sambung entry tu. Tu pon lepas aku belek-belek gambar aku kat instagram.

Design untuk Rubber Stamp

Seperti aku mention dalam post tu, aku suka lace-lace ni. So, ak google, aku touch up sikit, letak nama, letak love dan siap la design untuk rubber stamp ni. Aku edit pakai PhotoScape je pun. Senang... Korang boleh download software PhotoScape tu dekat website http://www.download.com.

Niat awal aku nak buat rubber stamp ni sebab nak cop dekat paperbag goodies untuk VIP. Tapi bila aku try cop satu dekat paperbag tu, rasa macam buruk pulak. Dan kiranya rubber stamp ni hanya pembaziran je la. Takda motif kukuh kewujudan dan penghasilan dia. hahaa..

Lepas tu, bila sibuk-sibuk tulis nama kat kad kahwin, aku terpikir untuk cop benda alah ni dekat sampul kad kahwin aku. Lagipon sampul aku kosong. Maka dibawah ni lah hasilnya... Kiranya, rubber stamp ni kembali berguna dan berbakti untuk aku. Btw, sorry quality gambar tak cantik. Aku ambil gambar ni dari instagram aku ^_^

Hasil bakti rubber stamp terhadap sambul surat kad kahwin aku

Atleast ada guna nya rubber stamp tu dari terbiar tak berguna... Hmm. Aku just cop kan rubber stamp ni dekat sampul kad kahwin yang aku nak bagi by hand sahaja. Yang nak di pos, aku tak cop. KENAPA? Sebab sampul surat yang bercop atau berlogo atau ada apa-apa design, cost setem dia adalah 80 sen. Tapi, sampul surat kosong, yang bertulis nama & alamat penerima sahaja, cost setem dia hanya 60 sen. Maka, boleh la jimat 20 sen ya dok?.

Ada yang email & comment, bertanyakan aku buat rubber stamp ni dekat mana? Kat bawah ni aku tinggalkan details kedai yang aku buat rubber stamp ni.

SMART PRINT STATION
47, jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2694 3233
Fax : 03-2698 1233
Mobile : 017-6233 391
Email : smartprint@mail.com

Kedai ni berhadapan dengan pintu masuk Institute Medical Research (IMR) yg bersebelahan dengan HKL. Tempoh siap, tak sampai 3 hari. Berapa ringgit aku tempah? Tak ingat! hahahahha... Tak silap aku, less than RM50. Depends dengan size yang korang nak buat. Tapi, aku rasa, mana-mana kedai yang buat cop pon boleh je amik tempahan buat custom rubber stamp macam ni. Rajin-rajin la tanya pekedai-pekedai tersebut. 

Take care. Hari ni hari khamis, esok jumaat, pastu sabtu. (takda modal nak buat penutup). 
Bye.


Sunday, March 3, 2013

Whimsical Frame Service

Assalamualaikum

- Service sewaan Whimsical Frame -

Pic source - www.MomandWife.com

Cantikkan frame macam kat atas ni. Aku baru tau yang frame macam ni orang panggil Whimsical Frame. Lambat gila kan. Pfftthhh ... 

Semenjak aku post gambar frame yang aku buat chalkboard tu (refer link ni), ramai juga yang berminat nak sewa. Yes. Ia dibuka untuk sewa kepada sesiapa yang tak tahu. Dan untuk upgrade service, aku open service untuk deco frame tu seperti di atas. 

Whimsical Frame DIY

Jika berminat (saja aku besarkan font), boleh la emailkan ke fa.syaza@yahoo.com. Atau sms terus ke nombor ini - 016 222 4604 (Farah).

Bagaimana pula dengan charge dan harga? Jangan risau... ianya boleh dirunding dan mengikut budget anda. Saya sangat memahami perasaan poket-poket bride-to-be, kerana saya juga pon pernah ditempat mereka. hahahaa...

Take care ye. ;)