Tuesday, March 26, 2013

DIY Photobooth - E'day

Assalamualaikum

Bila aku tengok balik gambar-gambar tunang, baru aku sedar dan teringat yang banyak lagi post dalam draft tak setel. Hari ni, datang mood aku nak flashback cerita preparation zaman tunang-tunang dulu. Kalau korang refer post Teaser - My Engagement Day, aku ada upload gambar kami di photobooth. Tapi sampai dah kahwin, tak jugak setel kan entry-entry tunang. Sila redha. Maaf juga diberi oleh tuan tanah ini..ehee...

Aku buat photobooth bagi memudahkan rakan-rakan taulan posing-posing dan tangkap gambar secara bebas diluar tanpa dipandang oleh makcik-makcik yang ada sedang berborak dan bergossip didalam rumah. Cost yang diperlukan untuk buat photobooth ni sangat lah murah.. Bahan-bahan yang perlu ada, aku listkan kat bawah ni, beserta dengan harga dan some explanations.

Barang-barang photobooth :
  1. Kain colourful - Aku beli kain ni 1 meter untuk setiap colour. Colour yang aku choose adalah pink, yellow mustard, green, blue and purple. Semeter dalam RM5 tak silap. Beli dekat Kamdar. Material kain chiffon lining.
  2. Kayu sisi - Kayu ni aku buat pagi-pagi sebelum majlis. Bangun-bangun terus aku cari kayu, dan bertukang dengan adik aku. Kebetulan masa ni, rumah parents aku under construction, so aku amik la kayu-kayu yang diorang gunakan. (Kalau korang perasan, dalam gambar aku dengan Faiz, ada terselit gambar rumah yang tgh buat tu..haaa...kat situ lah aku curi ambil kayu)
  3. Easel & chalkboard - DIY (refer this entry

DIY Easel and chalkboard

*hoto boo*h - Huruf terbang kena tiup angin. Nampak tak bersepah kat rumput tu

DIY  photobooth by Fasya Rahza bukan typo sebenar

Us : Double F



 Ni antara gambar bersama kawan-kawan yang hadir. Berbaloi hasil titik peluh bertukang buat sisi kayu untuk gantung kain jurai-jurai tu, bila tengok semua semangat nak tangkap gambar kat situ.



High school best friends - (Mereka juga bridesmaid aku masa wedding)

Uitmcs Sarawak buddies

Rakan-rakan Pengakap Kelana C. Siap pakai baju corporate kelana lagi

Maka tamatlah entry photobooth ni. Dah nak dekat setahun baru nak buat entry ni.. hahaha. Sorry.. Ok, nak promote sikit, easel & chalkboard tu open untuk sewaan ya. Dan service Whimsical Frame pon masih ON. Any enquiries, boleh contact di email fasyaza@yahoo.com. Thanks for reading. Well, nanti i sambung cerita hal-hal kahwin ya uoollsss. I janji takkan amik 'tahun' macam entry ni ya.. Tatata...







3 comments:

  1. jaja mmg kreatif! dari zaman dulu2 lagi..

    ReplyDelete
  2. dear, tumpang tanya mana beli colorful kertas back ground tu? TIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe.

      Yg tu kain... i beli kain murah je..pastu potong2 :)

      Delete