Wednesday, March 20, 2013

Nikah - Colour Theme

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini genap 3 bulan kami menjadi suami isteri. Aku harap kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga-Mu Ya Allah. Amin ya rabbalalmin.


For me, wedding bukan saja untuk diri aku, tapi ia involve the whole family, terutamanya family asas aku - ibu, ayah & adik-beradik. Dalam semua benda yang aku inginkan untuk perkahwinan kami, aku perlu juga tanya pendapat parents dalam semua keputusan. Tipu kalau aku katakan taste kami semua nya smooth and sama je. Tipu! Sampai ada kalanya, bertengkar jugak la. Tapi takda lah sampai tengking-tengking etc etc. Argue.. haa, this is the specific word to describe the situations. Lagi-lagi untuk aku yang anak sulung. First wedding dalam family. Sure ibu extra excited untuk prepare semua benda kan !

Bagi aku, kalau nikah, sure nak putih. Bersih. Suci murni. Hahaa. Bila aku bincang dengan ibu, yang aku nak baju nikah warna putih, ibu tak setuju. Dia kata common sangat. Cream? Dia tak mau. Perghh... ni aku yang nak nikah ni, napa tak ikut taste & kehendak aku? Pernah jugak terdetik soalan ni dalam hati. Tapi sebagai anak aku hanya turutkan katanya. Tapi so far, apa yang ibu pilih, dipenghujungnya, aku berpuas hati. (Lesson learn : Dengarlah kata orang tua mu) ;p

Kain untuk nikah beli untuk diletakkan dalam hantaran masa tunang. End up, kami sepakat memilih colour grey. Grey nak combine dengan apa? Sebelum jawap soalan ni, aku nak bagitau.. aku tak suka 1-2 colour. For me, kalau guna colour yang limited, result akan jadi statik. bagi aku la kan..takleh nak pakai sangat. Ikut taste atau citarasa masing-masing :)

Berbalik kepada soalan aku tadi - Grey nak combine dengan apa? Grey pink cantik tapi macam common. Grey putih? Memang ok. Tapi tak colourful. Muktamad, aku nak grey + baby blue!

Theme Nikah

Grey & baby blue





 To be continued . . .





1 comment:

  1. cantiknya baby blue..lembut je..timmie pakai kaler cream je, malas nk fikir..hikhik..

    i follow u taw~ :D

    ReplyDelete