Thursday, March 14, 2013

Rubber Stamp - Part 2

Assalamualaikum

Sebelum ni aku ada buat entry, Official Rubber Stamp - Part 1. Dah berkurun baru aku ingat nak sambung entry tu. Tu pon lepas aku belek-belek gambar aku kat instagram.

Design untuk Rubber Stamp

Seperti aku mention dalam post tu, aku suka lace-lace ni. So, ak google, aku touch up sikit, letak nama, letak love dan siap la design untuk rubber stamp ni. Aku edit pakai PhotoScape je pun. Senang... Korang boleh download software PhotoScape tu dekat website http://www.download.com.

Niat awal aku nak buat rubber stamp ni sebab nak cop dekat paperbag goodies untuk VIP. Tapi bila aku try cop satu dekat paperbag tu, rasa macam buruk pulak. Dan kiranya rubber stamp ni hanya pembaziran je la. Takda motif kukuh kewujudan dan penghasilan dia. hahaa..

Lepas tu, bila sibuk-sibuk tulis nama kat kad kahwin, aku terpikir untuk cop benda alah ni dekat sampul kad kahwin aku. Lagipon sampul aku kosong. Maka dibawah ni lah hasilnya... Kiranya, rubber stamp ni kembali berguna dan berbakti untuk aku. Btw, sorry quality gambar tak cantik. Aku ambil gambar ni dari instagram aku ^_^

Hasil bakti rubber stamp terhadap sambul surat kad kahwin aku

Atleast ada guna nya rubber stamp tu dari terbiar tak berguna... Hmm. Aku just cop kan rubber stamp ni dekat sampul kad kahwin yang aku nak bagi by hand sahaja. Yang nak di pos, aku tak cop. KENAPA? Sebab sampul surat yang bercop atau berlogo atau ada apa-apa design, cost setem dia adalah 80 sen. Tapi, sampul surat kosong, yang bertulis nama & alamat penerima sahaja, cost setem dia hanya 60 sen. Maka, boleh la jimat 20 sen ya dok?.

Ada yang email & comment, bertanyakan aku buat rubber stamp ni dekat mana? Kat bawah ni aku tinggalkan details kedai yang aku buat rubber stamp ni.

SMART PRINT STATION
47, jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2694 3233
Fax : 03-2698 1233
Mobile : 017-6233 391
Email : smartprint@mail.com

Kedai ni berhadapan dengan pintu masuk Institute Medical Research (IMR) yg bersebelahan dengan HKL. Tempoh siap, tak sampai 3 hari. Berapa ringgit aku tempah? Tak ingat! hahahahha... Tak silap aku, less than RM50. Depends dengan size yang korang nak buat. Tapi, aku rasa, mana-mana kedai yang buat cop pon boleh je amik tempahan buat custom rubber stamp macam ni. Rajin-rajin la tanya pekedai-pekedai tersebut. 

Take care. Hari ni hari khamis, esok jumaat, pastu sabtu. (takda modal nak buat penutup). 
Bye.


0 comments:

Post a Comment