Saturday, April 27, 2013

Teaser - Tudung Nikah

Assalamualaikum

Layan dulu gambar. Nanti aku buat entry penuh untuk tudung ni, head accessories yang lace-patch tu, inner tudung, dan insyaAllah tutorial macam mana nak pakai tudung yang nampak macam veil.

 
Abaikan muka itu. Fokus pada tudung sahaja =p


Thursday, April 25, 2013

Baju Nikah Peplum

Assalamualaikum


Mood untuk ber-blog telah datang. Well, dah banyak teaser aku buat untuk 'majlis nikah'. Kali ni aku nak cover hal baju nikah... Untuk baju nikah, material yang digunakan semestinya chiffon untuk mendapatkan hasil yang flawless dan cantik bagi aku. Plus, badan aku agak 'plum', so amatlah tak sesuai pakai full lace sebab baju tu nanti nampak keras, kaku dan menampakkan yang aku ni pendek dan gemuk. 

Colour untuk nikah, aku pilih grey and baby blue (please refer to this post). Chiffon aku beli 4 meter untuk baju, dan 1.5 meter untuk tudung. InsyaAllah aku akan buat post yang lain untuk cover hal tudung sahaja. So, takde lah semak post ni berjela-jela semua nak cerita ye tak?? 

Baju nikah aku tempah dekat tailor yang sama dengan baju tunang aku. Cost tempah baju & tudung RM180. Murah tak? eheee... Beading, ibu aku yang jahitkan. Aku request dia patch lace and letak pearl beads. Dan Alhamdulillah, semenjak post gambar baju ni dekat fb, ramai juga yang buat tempahan untuk patching tudung untuk hari bahagia mereka.. (p/s : Sesiapa nak tempah boleh email aku ye). Sempat iklan kan..;p

Baeek punya angin kipas buat peplum aku kembang kan? Aku tak selebar itu ok.

Tudung before letak head-patch-lace



Patern baju yang aku choose untuk majlis nikah adalah peplum. Korang tau kan yang peplum sangat 'in' last year. Untuk kain nya pula, aku mintak tailor tu buat kain kipas belakang untuk memudahkan aku bersimpuh time tunggu akad nikah. Sila lah paham, duduk bersimpuh lama-lama adalah sangat melenguhkan. -.-'

Perincian bawah dada

Aku adalah sangat berterima kasih kat ibu sebab hasil tangan dia menjahit beading kat baju ni. Aku sangat suka, yang sangat-sangat suka. Beading yang ibu gunakan bukan lah terhad pada 1 colour je. Ibu letak beads dark blue, dark grey, pink, turquoise, purple, banyak la.. habis semua colour ada, which make the dress tak nampak kaku and stuck to 1 colour only.

Perincian di tangan

Patch and beads di lengan tangan



Sekarang kita beralih arah pula ke pihak lelaki yang memakai baju melayu. Baju melayu untuk Faiz, aku just beli siap di Semua House, Jalan TAR. Untuk samping Faiz, aku beli di Jakel... Baju melayu & samping ni aku berikan dalam hantaran tunang dulu. Untuk samping faiz aku choose colour coral blue bagi mengikut tema kami - grey & baby blue.


Korang perasan tak patch lace dekat bahu tu? Suppose dekat baju takda(refer gambar kat atas), tapi aku pin kan lebihan patching yang ada di bahu.

Encik Husband =3

Accessories songkok atau brooch kat songkok tu, aku beli di kedai brooch area jalan TAR. Harga dalam RM5 - RM15, tak ingat. So,tak payah susah-susah korang carik kat bridal bagai. Beli je terus. Murah lagi pon.


Alright, setel sudah entry kali ni cover untuk baju sahaja. InsyaAllah, next entry aku akan cover pasal tudung, head-patch tu, and InsyaAllah aku akan buat tutorial macam mana nak pakai tudung macam tu ye. Thanks for reading guys. Sorry for the very-long-entry. Have a great day ahead ..

Heart-love : F&F

Wednesday, April 24, 2013