Friday, August 30, 2013

Custom Monogram

Assalamualaikum



Post sebelum ni, aku ada share dengan korang pasal frame dekat bilik aku masa kahwin tu kan? Ada... cuba tengok entry lama tu balik (link)... Korang boleh custom buat initial nama korang sendiri. Boleh pilih colour, boleh pilih huruf. Everything. Bukan initial je boleh buat, website ni ada macam-macam. Pandai-pandai korang la nak guna printable dia nak buat apa. Guna creativity masing-masing.

http://www.ontobaby.com/free-printables/


Printable Stationery - Ontobaby

Colour yang boleh dipilih untuk Initial Monogram
 
Macam-macam jenis printable stationaries yang ada untuk korang pilih and guna. Plus ia adalah custom. Korang boleh choose any colour yang korang suka. Bukan je ada Initial Monogram, tapi ada invitation card, tag and etc. Paling sesuai untuk korang yang nak buat baby shower la. Sebab template ni pon memang untuk baby shower & baby punya nursery. Aku je pandai-pandai olah letak kat bilik pengantin. Hehee.
 
Yang aku gunakan untuk frame macam gambar kat atas adalah - Initial Nursery Print.
 
.......
 
 
 
 
Actually, website Ontobaby ni di bawah Weddingchicks, website yang jadi favourite aku macam B2B dulu. Banyak inspiration yang aku dapat dari WeddingChick ni. Dekat Weddingchicks pon ada free printable yang paling sesuai untuk majlis kahwin anda. Macam aku cakap sebelum ni, ikut creativity cara nak gunakannya.
 
Printable yang ada dekat Weddingchicks - 'thank you tag', invitation card, wedding signs, 'save the date', deco untuk guestbook, macam-macam la. Rajin-rajin lah korang try one by one. Aku try sampai jadi tamak tak tau nak pakai yang mana satu.
 
 
Printable Stationery & DIY Ideas - WeddingChicks
 
 
 
 
InsyaAllah next post aku akan share segala benda yang aku guna dari both website untuk jadi wedding deco aku ya. Hari ni takda mood nak settlekan semua.
 
 
Happy Merdeka Day fellow Malaysian :)

 

Thursday, August 15, 2013

Bilik Pengantin

Assalamualaikum semua...


Selamat hari raya aku ucapkan, masih belum terlambat rasanya. Raya kat Malaysia ni sebulan, apa ade hal wish Hari Raya pada Syawal ke 8. Hehee~ Entry kali ni aku nak cerita pasal bilik pengantin lama. Hahaa.. Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan kami jadi suami isteri, tapi banyak review tak buat lagi. Nak buat macam mana, owner blog pemalas. Gambarnya ada, tinggal nak menaip je. Tu pon malas. Dan aku skip entry Tutorial cara pakai halfmoon shawls mcm veil, sebab kalau tak, sampai bila pon aku takkan settle review semua benda. Dik kerana hanya 1 entry tutorial, habis semua cerita pon jadi lapuk. Maafkan daku......
 
Ayuh kita mula kan.
 
....
 
Bagi orang generasi makcik-pakcik dahulu kala, bilik pengantin antara ruang wajib yang perlu disiapkan dekorasinya. (Chewahh ayat). Tapi kita generasi Y zaman sekarang ni, bilik tidur maybe antara benda akhir yang kita fikir. Tu pon kemas sebab nak photoshoot masa tengah make up. Zaman sekarang ni, posing-posing terbaring-baring, guling-guling atas katil amatlah jarang berlaku. Dah tak 'in' katanya. Biarlah. Aku pon tak suka. Malu nak posing gitu dengan orang tengok okay ! Bagi aku, bilik sekadar simple sudah lah. Takyah meriah berbunga-bunga bagai. Plan awal aku, nak bilik aku ala hotel. Tak boleh blah kan. Maksudnya, moden dan simple. Putih, grey & hitam adalah tema awal. Tapi itu semua awalan. Akhiran sure la jadi lain kan?! Aku juga plan untuk buat pillow case 'Mr and Mrs' untuk decoration atas katil. Nothing much.
Theme colour : White, grey and black. Modern style deco.
Bantal Mr and Mrs.



Masa sale nak dekat raya last year (2012), aku ada la jalan-jalan dekat Festival City, Danau Kota, then Akemi buat sale. Aku pon beli la set bedding and comforter, something macam gambar kat bawah ni... (aku tak jumpa gambar yang sebijik macam yang aku beli, yang bawah ni ala-ala laa). TAPI ibunda kata macam tak kahwin. Macam cadar katil bilik tidur je. Eh, memang bilik tu bilik tidur pon kan ? -.-'

Picture source : https://www.facebook.com/AkemiMalaysia

Dipendekkan cerita, ibu belikan aku bedding baru. Sungguh sinar-sinar cadar katil aku. Aku terima je. Redha. So, yang aku beli tu, boleh la pakai nanti-nanti. Syukur lah ibu tak belikan colour merah ke, biru ke... Kalau tak, habis lari tema. Tapi syukurlah ibu aku tu ade taste jugak. Kalau tak, nangis aku.


Bedding

DIY : Mr and Mrs on pillow case

Wording Mr & Mrs tu, aku cuma penitikan kat bantal. So, takyah la susah-susah nak jahit. Sebab mana tahu bedding ni orang lain nak gunakan nanti. Wording Mr-Mrs tu aku guna kain felt hitam je. Gunting, pastu penitikan kat bantal. Senang. Tapi ingat, sebelum baring sila la buka wording tu. Kang tak pasal-pasal tertusuk peniti kat kepala.

.....
 
 
Paper lantern. Beli dekat Typo by Cotton On.


 
Korang perasan tak cermin kat meja solek tu. Dulu masa tunang, aku guna frame tu buat chalkboard (link). Masa kahwin dia bertukar kepada cermin. Hehee. Kat cermin tu aku selitkan gambar polaroid masa nikah.

Meja solek dan kerusi ni, dibeli dekat SSF Home. Meja tu kebetulan ada 40% discount. Tapi aku tak ingat harga lepas discount berapa. Kerusi tu aku beli sehari before aku nikah. Bayangkan, dari Beranang, singgah SSF Cheras beli kerusi, pastu buat henna dekat Jalan Tar, pastu singgah Petaling Street ambil bunga untuk hantaran. Hari-hari sebelum tu, ada la cari kat Ikea, tapi takda yang berkenan. So, terpaksa cari last minit. Syukur ada yg berkenan kat SSF. Dan tengah offer. RM99 sahaja.

Close up : Design Kerusi.

.....

Ibu ada belikan side table untuk bilik aku (gambar di bawah). Tapi macam tak muat je letak tepi katil. Plus, aku takda night lamp. Night lamp yang aku beli pon kecik sangat dan lupa nak beli bulp dia. So, aku ambil side table tu, arrange bertingkat, letak tepi almari tepi nak ke pintu. Gambar kat bawah ni, photog aku yang tangkap. Dia yang susun kasut dengan hand bouquet tu macam tu.



.....

Antara deco lain yang aku DIY adalah picture frame kat bawah ni. Frame aku beli dari Kaison Festival City. Btw, kalau korang nak beli frame gambar, beli lah kat sana, murah ! Yang frame macam aku ni size A4. Harga RM19.90 sahaja.
 
Maybe tak clear sangat, ape benda lah yang aku cuba sampaikan kat frame tu. F is for Faiz. L is for Love. F is for Farah. Faiz Love Farah. Gitu lah equation nya. Kepada yang berminat nak design yang sama, nanti esok aku buat review nak custom kat website mana. Yang penting, FREE !
 

 
 
 
 
Photog aku masa hari sanding suka sangat bilik aku ni. Dia lelaki tau. Dia kata, senang bilik putih. Ambil gambar kat sudut mana pon cantik sebab lighting baik. Tu dia la cakap, bukan aku. Ok lah. Jumpa lagi kat next entry. Salam aidilfitri :))