Tuesday, January 21, 2014

DIY - Pelamin Nikah

Assalamualaikum semua.


Ibu aku adalah orang yang paling semangat dari segi preparation kahwin aku. Yelah, anak sulung kan... Plus, ibu adalah diy-person, semua nak buat sendiri. Bayangkan, bunga telur dah siap masa sebelum majlis aku tunang lagi (May 2012), padahal aku kahwin December 2012. Lagipon, ibu jenis siapkan semua awal-awal, yang anak dia pulak, semua last minutes. Tu yang selalu kecah + huru-hara tu... Termasuk jugak pelamin - Ibu kata nak buat sendiri. Sewa je barang.. so jimat la disitu.

Barang-barang aku sewa dekat satu bridal ni, dekat Ampang, tapi dia dah tak buat sewaan barang dah. So, tak perlu lah aku mentioned nama bridal tu, lagipon aku tak ingat, sebab dia tak famous. Hahahaaa...
Antara benda yang aku sewa :
  • Panel 1
  • Mirrow boxes - 2 besar, 2 kecik.
  • Backdrop - 6 pcs
  • Spotlight - 2 pcs
Cuba teka berapa cost aku sewa semua ni? Haaaaaa... RM350 SAHAJA! Murah kan...! Barang-barang lain beli sendiri. Macam pasu bunga, bantal-bantal, artificial flowers, dan ada sikit fresh flowers. Dari segi arrangements, memang takda plan. Main balun letak je. Lagi-lagi hal bunga. Pelamin ni setup hari rabu malam, nikah jumaat malam. Masa tu ibu memang dah sibuk dengan hal-hal lain, so yang setup aku dengan adik perempuan aku je. Flower arrangements pon buat sendiri. Dah la aku takde bakat lansung bab-bab nak bentukkan bunga. Masa tu, tahap redha dah menjulang tinggi. Lantak pi la ape nak jadi. Janji ada rupa pelamin.

Stage ayah buatkan. Carpet memang dah ada, beli masa nak tunang dulu. Kerusi tu beli sendiri, dekat SSF, RM1,200 harga dia. Kerusi tu pon beli sebab memang nak letak dekat ruang tamu rumah kat Beranang ni... Ok, layan la gambar-gambar yang ada.

 




Panel ni nampak je complicated, tapi rupanya senang je nak pasang. Tapi korang perasaan tak panel tu tak sama, aku rasa bridal yang aku sewa tu salah bagi 'pair' dia. Tu yang tak balance tu.. Bunga jurai-jurai tu beli sendiri. Aku tak ingat ibu beli dekat mana. Bunga tu sekarang, dah jadi asset untuk Bridal and all... Berguna jugak ibu belikan dulu :D

 


 


F & F


Huruf F & heart shape tu aku buat sendiri. Yang tu nanti lah aku review ya. Bantal bunga-bunga tu beli dekat Miss-T, Mid Valley. Kerusi, as mentioned above - SSF, Cheras.

Kiri kanan pelamin aku letak bunga telur jugak. Ibu yang buatkan bunga telur paper crepe tu. Putih untuk nikah; pink-purple tu untuk sanding esok nya. Part bunga telur ni InsyaAllah aku review kemudian sekali dengan doorgift.

Gambar-gambar seterusnya masa majlis akad nikah, 21 December 2012. Alhamdulillah dah setahun hubungan kami suami-isteri, lepas dah setahun nikah baru nak tulis post ni -.-"





Sebelum akad nikah.






Sesi kekok-semua-orang-pandang


Masa upacara batalkan air sembahyang, kami buat depan pelamin tu je. Dekatkan bantal nikah, maka berlansunglah sesi kekok malu-malu sebab semua orang pandang. Sesi kiss-kiss dahi I malu nak upload uoolls..harap maklum :p

Lepas sesi makan-makan, barulah tangkap gambar dengan family. Muat jugak pelamin aku ni untuk occupied ramai orang.,hahaa (gelak hambar). Abaikan facial expression aku. Aku bab-bab free style memang 'win'.



Family



Family belah Faiz

 

The best thing happen in 2012 adalah perkahwinan kami. Tiada istilah happily-ever-after macam fairy tales, sebab fairy tales tu dongeng; marriage ni adalah permulaan untuk kami. Permulaan baru hidup suami-isteri.
 
 
 
.....
 
 
 
2013? Terlalu banyak ups & downs. Aku terlalu happy dengan roles sebagai isteri, Alhamdulillah. Dan aku juga happy sebab Allah berikan aku peluang untuk merasa nikmat adanya zuriat di dalam rahim ini. November 11, 2012 was the hardest day ever, I lost my baby... The lil heart stop beating, and I was suffered emotionally. Al-fatihah for our lil caliph.
 
Harap, 2014 adalah tahun penuh keredhaan, ketabahan. InsyaAllah.
 


Us,
Faiz Aizuddin - Farah Syaza
 


0 comments:

Post a Comment