Thursday, February 26, 2015

Review Photographer - Amalina Tuna Photography

Salam olls,

Macam biasa, aku memang janji di'chapati'.. Janji nak settle kan review pasal kahwin, tapi tak settle-settle. Aku dah kahwin 2 tahun kot 

-_____-'

.....

Ok teruskan kepada tajuk asal. Untuk photographer, aku & Faiz memang agak memilih dan demand. Hahahhaha... Sebab, majlis kali tu je wei. Kalau gambar tak cantik, ofcoz iolls sedih ok uolls. Mula-mula, kitorang pergi wedding expo dekat Ampang Point, then terbekenan la dengan 1 photography team ni. Memang famous la banyak cover retis... gambar pon cantik.. 

Dengan RM3,600 aku dapat 2 photo book, cover 3 event (nikah, sanding & bertandang), montage masa nikah ditayangkan masa sanding & 1 canvas photo. So, tanpa berfikir panjang, aku book je diorang.. masa tu bulan March ke April tah... Majlis aku December 2012. So, awal jugak la aku booking. Masa tu, aku tunang pon belum lagi. Hahaha... 

Then, aku email diorang untuk confirmkan tarikh majlis lepas selesai majlis bertunang kami. Then, tu la last dapat contact diorang. Lepas raya, aku contact diorang, nak tanya pasal payment semua...and confirmkan venue untuk majlis, email x reply, call tak berjawap. Pastu, aku freak out. Aku terus survey balik photographer. Tsskkk...

.....

Dalam tengah-tengah aku mencari photographer baru, tiba-tiba aku dapat message dekat fb, dari Amalina. Then, kitorang terus set appointment. Masa first appointment, Amalina tunjuk kami few album yang dia pernah buat. Hmmm... not bad. Even masa tu Amalina Tuna belum lagi famous in this industry, tapi gambar dia cantik. So, kami pon setuju. Plus harga yang Amalina bagi, sangat lah reasonable (murah dari photographer yang mula-mula aku book tu). 

So, takyah bebel panjang..(walaupon memang dah panjang), korang layankan gambar-gambar sepanjang majlis kami ye.











.....


Aku suka gambar yg meletakkan satu perincian. Tu aku suka gambar tangan, gambar detailing, etc etc. Dengan gambar-gambar dari Amalina Tuna Photography ni, aku sangatlah berpuas hati. Kena dengan citarasa aku. Well, aku tak post banyak gambar, sebab lepas-lepas ni lagi banyak gambar utk post-post seterusnya (yang tak tau bila nya nak buat). Hahahahaa... Niat aku, untuk memberitahu yang gambar-gambar untuk post-post wedding review, adalah dari Amalina Tuna Photography and team.


Sekarang, Amalina punya follower sangat lah ramai. Dan rezeki murah, dah cover banyak artis contoh macam Khairul Fahmi, Diana Amir dan ramai lah. Aku attached kan sekali contoh-contoh gambar dari Amalina yang aku jumpa di google. Maka, tak salah aku membuat pertimbangan memilih dia sebagai photographer. Aku pon tompang bangga photog masa wedding aku famous. Hahahahha... poyo di situ. Aku provide details Amalina di bawah ya.










.....


Habis apa cerita dengan photographer yang mula-mula tadi? Hmmm.... sebulan lebih sebelum majlis aku, diorang baru call tanya pasal majlis semua. Masa tu, hati ku telah terpaut dengan Amalina Tuna Photography. Chewah.... Maka, aku cakap la dengan baik yang aku dah ambik photographer lain sebab aku email diorang tak reply. Yelah...sure la aku cuak. Mana tau dia terlupa kewujudan aku dan booking aku masa kat wedding expo tu.... Deposit nasib la tak banyak. Kalau tak bengkok aku. Plus, naya je takda photographer masa wedding.. hahaa. 


.....

Maka, Amalina Tuna Photography adalah sangat di recommended.
Nora bagi 5 bintang.
Haha.
(hambar)

Muah bubye.