Monday, May 18, 2015

Review Doorgift - Kertas Puteh & Renown Gift

Assalamualaikum,


Ibu aku adalah manusia yang paling tak suka last minit. Contra sangat dengan perangai aku. Bila orang bising aku buat kerja last minutes, aku dengan bangga akan menjawap - 'Last minute always work!'. Tapi itu sungguh tipu.. sebab last minutes akan huru hara. Tsskk...
Percaya atau tidak, ibu dah siapkan bunga telur aku sebelum aku tunang lagi (aku rasa mcm dah cerita hal ni). Masa aku tunang, bulan May 2012, bunga telur untuk wedding aku dah siap. Teror tak ibu aku. Padahal dia kerja kot! Malam je mengadap bunga telur.. gila gigih.

Masa tu tengah fashion bunga telur crepe. So, ibu buat bunga colur putih untuk nikah, & pink purple untuk sanding. Tak yah la share tutorial buat bunga crepe tu, dah banyak kat internet...

Doorgift Nikah - Kertas Puteh


Picture source : Kertas Puteh

Untuk doorgift masa nikah... aku memang dah lama plan nak bagi Yassin. Then, aku google & survey la orang yang buat. End up aku buat dengan Kertas Puteh. Aku amik package Yassin + small chocolate + paper bag + label for mineral water (label only). Design customize. 

Picture source : Kertas puteh

So, bila dah deal harga aku just cakap theme aku baby blue & grey. Aku nak corak paisley/damask. Anis, owner Kertas Puteh bagi few design, then dari design-design tu, aku choose satu. 


Design by Kertas Puteh

So, aku pilih Option 3, yang kanan atas. Dari situ, Anis Kertas Puteh bagi pulak design untuk label chocolate & air mineral. Aku rasa flow & deal dengan Kertas Puteh sangat la mudah, Smooth je. Sangat recommended. 

Design by Kertas Puteh

Doorgift nikah

Yassin Size A5

So, kat atas ni la final doorgift untuk nikah.... Paper bag aku pilih colour baby blue. Kiranya, dalam paper bag tu ada mineral water, Yassin, chocolate, & bunga telur crepe yang ibu aku buat tu. Haritu masa kitorang buat doa selamat, tersenyum sorang aku bila aunty & mertua aku bawak Yassin ni. :) See, berguna tau...! Ok, kat bawah ni, aku bagi link untuk korang tengok artwork dari Kertas Puteh. Baru-baru ni, Kertas Puteh ada buat candy buffet untuk engagement Hanis Zalikha, cantik sangat! Nangis tengok T____T

Kertas Puteh

Instagtam : @kertasputeh_



.....

Doorgift Sanding - Renown Gift


Masa walimatul urus a.k.a majlis sanding yang tak sanding tu, ibu nak bagi telur untuk main door gift. So, kitorang cari la bekas untuk isi telur tu. Google la apa lagi. haha... dari situ aku jumpa website Renown Gift, and diorang ada jual Round Candy box yang boleh fit telur. Tunjuk kat ibu, ibu kata tak nak tangguh lagi, so ibu setuju & kitorang order dari website. Tak silap aku, pre order ambil masa dalam 2 minggu. Lepas tu aku self collect dekat kedai dia bersebelahan bangunan Festival City. 


Picture source : Renown Gift 


Tapi aku tak beli Round Candy Box ni sekali deco. Box semata-mata. So, ibu lah yang mendeco dengan bunga, and sangkut sekali tags yang aku buat. Seribu, gigih sungguh masa tu. Aku naik cramp tangan potong seribu keping label untuk doorgift ni. Ni aku printscreen instgram aku masa kegigihan memotong tags itu berlaku. Tags ni aku design sendiri, hantar print & potong sendiri. Yelah, masa tu baru berapa bulan kerja, mana ada duit sangat. So, haruslah menggigihkan diri buat sendiri...




Doorgift untuk VIP, kitorang beli paper bag yang sama dengan masa nikah. Cuma lain colour je - Purple. Pastu, dalam tu kitorang letak bunga telur crepe, candies doorgift budak-budak & round candy box tu. Paper bag ni pon aku beli dekat Renown Gift.

Doorgift VIP
Korang nampak tak tags Walimatul Urus tu.. korang tau aku dapat kat mana?

Kad Kahwin

Aku potong dari balance kad kahwin (click here)... hikhik.. Jangan membazir...dosa.... Hikhikhik. Dan, macam biasa, aku sertakan korang link Renown Gift.


Renown Gift

Website : http://www.renowngift.com/
Tel: 03-41319731, 018-2727867
Email: renowngift@gmail.com
Shop Address: Unit J-82-1, Blk J, Platinum Walk, No.2 Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, 53300, Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.




Sekarang, dah makin senang untuk cari doorgift. Dah macam-macam jenis. Teruja bila iolls bila dapat. Cuma kena rajin survey je. Dapat tempat murah, jimat duit korang..
K lah, dah habis masa lunch. Tata :)

Monday, May 11, 2015

Review - Baju Sanding by Zayani Zaharudin

Assalamualaikum

Harap maklum yang aku memang tak move on hal kahwin. So pasrah lah korang baca hal kahwin aku yang hampir mencecah usia 3 tahun. Ngehh...

.....

Post sebelum ni aku ada cerita pasal theme colour majlis sanding. So, queue seterusnya adalah wedding dress aku untuk majlis bersanding. Actually aku tak bersanding pon. Tak ada tepung tawar bagai.



Masa tunang lagi, aku memang dah plan nak mintak Yanie buatkan baju kahwin aku. Actually, aku kenal Yanie dari sekolah rendah. Yanie schoolmate aku masa dekat SK Taman Muda. Lepas tu masa sekolah menengah kitorang lost contact. Aku contact Yanie balik bila kawan satu Uitm Sarawak aku, Apah rupanya satu geng dengan Yanie masa sekolah menengah. Tu pon just contact-contact dalam MySpace & Facebook. Lepas tu aku jumpa Yanie balik dekat Uitm Shah Alam masa kitorang degree. Yanie memang ambik course Fashion Design.

Masa aku nak kahwin tu, kitorang dua-dua kiranya baru fresh grad. Aku suka mengasah kepakaran orang yang masih fresh ni. Hahahha... Ni lah masanya guna khidmat & kepakaran rakan kita. So, aku contact Yanie, buat appoinment, then aku tunjuk je contoh baju yang aku nak. Lepas tu, aku tinggalkan segalanya kat Yanie.


Pada yang tahu, theme aku purple & kuning. So, aku beli lace kuning, & kain chiffon purple lavender. Aku memang tak nak full lace sebab nanti nampak badan aku besar. So, lace tu memang buat utk embellishment sahaja. Kain aku beli dekat Harisson Jalan Tar. Total harga aku tak ingat.

Tak payah ayat panjang sangat, korang tengok jelah hasilnya. Kesimpulannya, aku sangat satisfied dengan hasil kerja Yanie.





Ni lah Yanie! Hehee




Untuk baju Faiz, aku tempah dekat Plaza City One. Kedai tu ceruk & kecik je. Tingkat 1, sederet dengan kedai barang-barang pelamin. Colour slightly different, tapi takda lah beza sangat. So, aku ok je. Kitorang tempah dengan harga RM350 untuk baju termasuk kain. Tanjak, samping & bengkung aku beli yang dah siap je. Dekat Plaza City One tu jugak. Harga RM70 1 set. Total RM470 untuk baju lelaki. Bagi aku murah.. sebab aku ada tanya 1 butik pengantin ni, dia nak sewakan RM500. Sewa ok! Dah la tak alter. Baik aku tempah ngam-ngam badan Faiz je.






Korang boleh tengok hasil kerja Yanie dekat instagram.


@zayanizaharudin


Tata :)