Monday, May 11, 2015

Review - Baju Sanding by Zayani Zaharudin

Assalamualaikum

Harap maklum yang aku memang tak move on hal kahwin. So pasrah lah korang baca hal kahwin aku yang hampir mencecah usia 3 tahun. Ngehh...

.....

Post sebelum ni aku ada cerita pasal theme colour majlis sanding. So, queue seterusnya adalah wedding dress aku untuk majlis bersanding. Actually aku tak bersanding pon. Tak ada tepung tawar bagai.



Masa tunang lagi, aku memang dah plan nak mintak Yanie buatkan baju kahwin aku. Actually, aku kenal Yanie dari sekolah rendah. Yanie schoolmate aku masa dekat SK Taman Muda. Lepas tu masa sekolah menengah kitorang lost contact. Aku contact Yanie balik bila kawan satu Uitm Sarawak aku, Apah rupanya satu geng dengan Yanie masa sekolah menengah. Tu pon just contact-contact dalam MySpace & Facebook. Lepas tu aku jumpa Yanie balik dekat Uitm Shah Alam masa kitorang degree. Yanie memang ambik course Fashion Design.

Masa aku nak kahwin tu, kitorang dua-dua kiranya baru fresh grad. Aku suka mengasah kepakaran orang yang masih fresh ni. Hahahha... Ni lah masanya guna khidmat & kepakaran rakan kita. So, aku contact Yanie, buat appoinment, then aku tunjuk je contoh baju yang aku nak. Lepas tu, aku tinggalkan segalanya kat Yanie.


Pada yang tahu, theme aku purple & kuning. So, aku beli lace kuning, & kain chiffon purple lavender. Aku memang tak nak full lace sebab nanti nampak badan aku besar. So, lace tu memang buat utk embellishment sahaja. Kain aku beli dekat Harisson Jalan Tar. Total harga aku tak ingat.

Tak payah ayat panjang sangat, korang tengok jelah hasilnya. Kesimpulannya, aku sangat satisfied dengan hasil kerja Yanie.





Ni lah Yanie! Hehee




Untuk baju Faiz, aku tempah dekat Plaza City One. Kedai tu ceruk & kecik je. Tingkat 1, sederet dengan kedai barang-barang pelamin. Colour slightly different, tapi takda lah beza sangat. So, aku ok je. Kitorang tempah dengan harga RM350 untuk baju termasuk kain. Tanjak, samping & bengkung aku beli yang dah siap je. Dekat Plaza City One tu jugak. Harga RM70 1 set. Total RM470 untuk baju lelaki. Bagi aku murah.. sebab aku ada tanya 1 butik pengantin ni, dia nak sewakan RM500. Sewa ok! Dah la tak alter. Baik aku tempah ngam-ngam badan Faiz je.






Korang boleh tengok hasil kerja Yanie dekat instagram.


@zayanizaharudin


Tata :)

1 comment:

  1. salam, boleh tau tak nama kedai jual tanjak tu ? thanks :)

    ReplyDelete