Sunday, October 16, 2016

Mula-mula DIY wedding sendiri, sekarang jadi Wedding Decorator ?

Assalamualaikum semua. 

Huisshh... bersawang blog aku ni. Aku ni kahwin dah nak masuk 4 tahun, tapi review aku utk diy wedding aku tetap tak habis-habis. Mana taknya, dah lama kot tak jengah blog. Siap lupa password lagi. -__-"
Ni pon sebab DAO paksa tulis blog masa dekat class MMM tadi.
Takpa aku cuba schedule-kan post yg backdate. So takda lah obvious sangat yg aku tak tepati janji nak habiskan review pasal hal kahwin tu.
-________-"

.
.
.

Setiap kali kali buat pelamin, aku dengan Faiz selalu diajukan dengan soalan ni :
1. Bisnes pelamin ni awak punya ke?
2. Dah lama dah buat pelamin?
3. Buat pelamin sebab minat ye?

. . .

Kau rasa soalan tu siapa yang tanya? For sure la mak atau makcik pengantin. Haha. Baiklah makcik, meh saya jawap & ceritakan....

Macam korang tau, aku bukan lah dari bidang seni. Jauh menyimpang. Masa sekolah amik science stream, diploma loncat ke business study, degree pulak international business. Kerja kat bank. Tiba-tiba, hari ni aku adalah seorang wedding decorator. Sejujurnya, aku tak pernah impikan yang aku akan berkecimpung dalam bidang ni. Yelah, kita merancang, Allah yg menentukan. (Alhamdulillah)

Aku anggap, tarikh penubuhan bisnes aku & Faiz adalah sama dengan tarikh anniversary kahwin kami. Cuma beza tahun je, aku start buat pelamin selepas setahun kami berkahwin. So, Bridal and All dah umur 3 tahun dah. Kalau Bridal and All adalah seorang anak, maka dia dah pergi play school dah. Nampak tak dia makin meningkat umurnya. Haha.. 


Eh, macam mana aku boleh terjebak? 
Aku terjebak buat pelamin ni bila roommate/kawan aku masa diploma (aku panggil dia Bulat) mintak tolong decor kan pelamin tunang dia. Masa tu yang cuma aku ada; carpet nipis & spotlight je. Barang-barang yang lain macam stage, kerusi etc, semua sewa. Kalau yg pernah baca blog aku, mesti korang tau yang aku diy pelamin tunang & nikah aku sendiri kannn... (Kalau boleh patah balik masa, aku nak ubah 100% pelamin tunang & nikah aku tu. Sebab sekarang aku rasa pelamin yg aku diy tu BURUKKK gila!! LOL).




Ni la pelamin yg aku buatkan untuk Bulat :)

Fresh flowers : Rose & kekwa



Hand bouquet ni pon aku buat tau!



Masa ni, aku lah photographer, aku lah yg buat pelamin, aku lah yang buatkan hand bouquet. 'Rashidah' sangat perangai & peranan aku (kawan-kawan yg pernah join MMM je paham). Dan gambar-gambar ni lah aku jadikan modal untuk mula promote kan business pelamin aku.
Then aku upload gambar pelamin tu kat facebook. Maka kawan-kawan pon tanya, 'Farah kau buat pelamin ke?' Dia tanya..... Dan aku pon jawap  'YA' lah! Haha. Takkan nak tolak rezeki. Mihmihmihhh



Dan kalau diikutkan, antara kawan-kawan aku yg sebaya, aku diantara yg kahwin awal. Bila aku dah kahwin, kawan-kawan aku baru berjinak-jinak utk tunang. Maka; semakin ramai kawan nak bertunang, semakin banyak job pelamin aku. Nampak tak hypothesis di situ. Huhuhuu... So, dari situ aku mula beli barang sikit demi sikit. Masa tu ambil upah sangat-sangat lah murah. Yelah, masa tu yang kami fikir, banyakkan portfolio dulu. Dan masa tu jugak lah aku buka page & fb Bridal and All.


Kalau nak diceritakan susah senang, liku-liku buat business pelamin ni, tak tidur malam la aku gamaknya. Putus jari aku menaip. Dan tak terlafaz dengan kata-kata... Siapa yang mengikuti perkembangan kami & Bridal and All, mesti nampak yg kami dari sekecil-kecil alam. 
Dalam tahap kami yang sekarang, kami masih dalam proses belajar, dan terus belajar. Banyak lagi benda baru yang kami kena pelajari. 


Nanti aku sambung lagi ya. Doakan aku rajin menaip mihmihmih....
.
.
.
 Show your support dengan Like fan page Bridal and All di fb dan instagram.
Klik sahaja link bawah ni :

Facebook
Instagram
Blog


Tata 

0 comments:

Post a Comment