Wednesday, November 2, 2016

Wedding Budget - DIY Centrepiece / Hiasan meja

Assalamualaikum


Hari ni kecoh kat facebook & twitter pasal minyak naik. Minyak masak naik harga satu hal, petrol pon satu hal. Apa yang aku nampak, orang dah semakin di tekan dengan cost of living atau kos sara hidup. Dan aku nampak perubahan pola permintaan customer, yang mana cost atau allocation untuk pelamin semakin berkurang. Dengan kata mudah, tahun lepas aku rasa customer sanggup bayar RM600 contohnya untuk mini pelamin. Sebab harga RM600 tu kira mampu milik. Tapi tahun ni, aku nampak customer punya budget agak kurang dari tahun lepas. Aku paham....kos hidup makin tinggi. Baik allocate kan duit tu kat yg wajib ye dok?


Hari ni aku nak bagi salah satu cara untuk jimatkan kos kahwin korang. Iaitu dengan DIY! (Duhhhh...) Sekarang dah banyak wedding rental yang sewa barang-barang untuk majlis kahwin. Name it, semua benda ada. Kalau nak jimat, jangan bagi seribu satu alasan macam; tak ada masa, tak ada siapa nak tolong & bla bla bla. Hendak seribu daya, tak hendak kena bayar lebih. Haha!


Benda paling simple hari ni aku nak cerita part centerpiece. Atau deco hiasan meja. Korang rajin tak scroll & pin dekat pinterest? Siapa bride to-be wajib ada pinterest ok! So, korang boleh dapat wedding inspiration dari situ. DIY wedding pon banyak dalam pinterest.


Maka topik kita hari ni adalah... jeng jeng jeng....

DIY  Mason Jar Centrepiece


Contoh : Mason jar centrepiece




Soalan 1 : Mana nak dapatkan jar?


Guna barang kitar semula. Korang boleh kitar semula macam-macam utk replace jar tu sebenarnya. Contohnya, botol kicap, tin sardin atau pon jar mayonis atau prego. Kalau nak sewa pon boleh, click link ni utk sewa --> Sewa Mason Jar. (50 sen je harga sewa 1 jar ok!) Kat bawah ni pulak aku contoh-contoh centrepiece yang gunakan tin/can. Lepas habis majlis, korang jual tin tu dekat lori 'old news paper'. Hahaa...



Guna tin pon cantik


Yang ni dia guna tin size besar & yang kecik. Variety sizes.


Soalan 2 : Mana nak cari bunga?


Pilihan dia samada fresh flowers atau artificial. Untuk fresh flowers, kepada yang duduk area KL, korang boleh beli dekat Petaling Street. Situ memang hub utk org beli fresh flowers. Ada lebih dari 3 kedai kat sana. Yang aku selalu pergi, Lee Wah Florist. Yang ada waze, korang just search dekat waze 'Lee Wah Florist'. Nah, aku sertakan sekali map utk ke kedai bunga ni (Link).

Yang susah nak access ke Petaling Street, korang boleh je guna bunga kekwa yg jual kat tepi-tepi jalan tu. Jap lagi aku cerita pasal harga bunga pulak. Kat bawah ni aku attached gambar contoh centrepiece yang guna bunga kekwa. 


Mason jar centrepieces - Bunga kekwa purple & kuning


Kalau korang nak mixed dengan bunga lain pon boleh. Contoh yang ni aku mixed kan kekwa & baby breath.


Baby breath & kekwa


Selain dari Petaling Street, kalau korang duduk Kajang, dekat pasar Kajang ada jual fresh flowers jugak. Aku kalau malas, aku beli kat sini je.Kat Bangsar pon aku tau 1 kedai, Floristika. Sila google & search kat waze. Hehee..


Soalan 3 : Berapa harga bunga fresh? 


Bunga kekwa antara bunga yg terpaling murah. Kalau beli dekat Petaling Street, 1 dozen/1 bouquet dalam RM12 ke RM15 sahaja. 1 dozen ni boleh cover lebih dari 5-8 jar. Bergantung kepada berapa kuntum korang nak letak...Kalau baby breath, harga utk 1 dozen full dalam RM30-36. Baby breath actually agak expensive. Dan korang kena guna banyak untuk 1 jar. Roses pulak, dia ada grade dia. Range harga dalam RM28-36 depends on grade dan dari mana rose tu berasal. Rose local murah sikit. Kalau China dlm RM36. 1 dozen roses ada 12-15 batang.

Selalu nya kalau bunga kekwa yang jual tepi-tepi jalan tu diorang jual RM1-RM1.50 sebatang. 1 batang ada la dalam 3-5 kuntum bunga....

Kalau korang nak guna artificial pon boleh. Ikut taste korang. Kalau bunga artificial, korang boleh beli dekat Romantika, SSF, Semua House & etc. Kalau korang guna artificial flowers, korang boleh guna balik bunga tu untuk decor rumah. Hehee...


Soalan 4 : Lain-lain accessories?


Kalau korang nak personalised kan decor korang, boleh je buat tagged macam gambar yang aku attached-kan kat atas. Guna lidi untuk batang dia, pastu guna A4 paper je. Print. Selesai. Korang nak tulis hashtag korang ke, nama korang ke, ikut lah. Gunakan creativity anda. Tak payah nak upah orang buat tags bagai. Korang buat sendiri guna A4 je. Tak membazir. 

Untuk ribbons & accessories dekat jar, yg tu ikut korang la. Kalau tak letak pon tak pe je sebenarnya. Bila korang letak air, dah cukup dgn sinaran kejernihan air dlm jar tu.. Giteww... Atau kalau korang nak air tu colour-colour pon boleh. Letak je food colouring dlm air tu. 

Kalau tema ala-ala rustic, korang guna tali guni lilit kat jar atau tin tu pon boleh. Nak murah, beli tali guni tu kat kedai RM2.

Kalau nak letak accessories lain macam coaster pon boleh. Nah korang layankan la gambar-gambar yg aku letak ni. Malas nak explain. Hahahaaa....

Wooden coaster

Yang ni tak yah guna bunga. Guna lilin je.. lepas tu letak batu-batu.




Ni lagi sempoi. Guna buku je


Sebenarnya, mason jar ni banyak gila kegunaan dia. Kalau korang ada pinterest, korang search la. Macam-macam wei.... rasa macam-macam nak buat. Tapi tak buat jugak. Haha. Kbye.